Tuesday, July 29, 2008

ehemmmm....ehemmmm





suasana kenduri









Thursday, July 24, 2008

esok balik kampung lagi

esok pagi2 lagi aku akan bertolak ke pahang....mak!i'm back,aku cuti sampai isnin ni,bermakna aku takkan online selama 4 hari,bye kawan2...jumpa hari selasa

Monday, July 21, 2008

kenduri kat dusun durian



hari ahad lepas(semalam) sedara2 belah mak mentua aku buat kenduri kat dusun durian,buat doa selamat,walaupun tak berapa menjadi durian tahun ni tapi alhamdulilah suma2 dapat merasa,nak kutip pun dah tak larat,lagipun saja je sedara2 mak mentua aku nak jumpa sbb nak tunggu raya pun boleh tahan lamanya jugak

Wednesday, July 16, 2008

nyummm!...nyummm!.....





hari2 durian....
durian..durian...durian...durian
emmmmmm bestnya

Monday, July 14, 2008

rombongan ke dusun durian

durian oooo durian...






aktiviti aku seawal pagi sabtu mungutip buah durian di dusun mak mentua aku kat Tanjung Belanja,Parit.Lepas subuh aku tak boleh lakukan aktiviti yang biasa aku buat,apa lagi tido la,aku terpaksa bersiap2 untuk ke kampung mak mentua aku,adik2 ipar aku malas nak pegi,nak tak nak aku la yang kena pegi,mak mentua aku tak larat sangat,tangannya sakit....mula2 rombongan yang terdiri dari 2 buah keta perodua,menuju ke kampung Bukit Chupak sbb ayah mentua aku suruh suami aku meracun dulu kat belakang rumah yang ada pokok asam gelugor tu,kat situ aku diserang 2 ekor pacat yang mencuri darah aku dan darah anak aku....kesian syafiq,aku lagi kesian sampai bengkak2 kaki aku,nak buat mcmana kehidupan kampung kan....dalam pukul 10.00pagi kami mula bergerak ke seberang di Kampung Tanjung Belanja,untuk aktiviti seterusnya....penat tapi seronok walaupun kaki aku tergeliat sikit terpijak tungul kayu...wa..wa...wa

Wednesday, July 9, 2008

gambar kahwin sepupu aku





cerita dari pahang

hari sabtu 5hb julai pagi2 lagi aku dah bertolak balik pahang,dari batu gajah tepat pukul 7.15am,aku sarapan kat rumah dulu sbb suami aku tak nak makan kat tapah,pagi2 lagi aku dah hantar sms kat kak sal,tanya samada dia ada berniaga ke tak,lepas sarapan terus bertolak ke pahang,singgah kat R&R ladang bikam itupun kejap je,sampai pahang dalam pukul 10.30am,lepas makan tengahari baru aku and family ke rumah mak ndak aku kat felda rentam,sampai dalam pukul 4 lebih,penat ooo...,malam pun tak berapa lena nak tidur,maklum la rumah kenduri kan,esoknya lepas habis je kenduri aku kembali ke rumah mak aku kat felda bukit damar,malam tu tak sedar apa dah,punya la lena aku tido,lepas subuh aku sambung tidur sampai pukul 11.00am,mak aku masak untuk aku makan tengahari,aku bertolak balik ke perak dalam pukul 3.00pm,nasib baik la aku dah apply cuti hari isnin,kalau balik hari ahad,pengsan aku...sampai batu gajah pukul 7.15pm....waaaaa ngantuknye esok nak keje,petang lak ada senam robik,kalau tak pegi rugi pulak,sbb dah 2 minggu aku tak pegi.

Thursday, July 3, 2008

shopping kat jalan Kuala Kangsar





antara barang2 dan benda bukan2 yang aku beli kat jalan kuala kangsar,baru singgah 2 kedai...agaknya kalau singgah kedai lain mau habis semua kedai aku borong

hadiah untuk sepupu aku yag nak kahwin 5hb julai ni


yang ini aku beli untuk sepupu aku yang kat felda rentam,anak kepada mak ndak aku,pening kepala aku nak beli hadiah apa...walaupun tak seberapa,aku harap ni hadiah yang lain dari orang lain bagi.....

hadiah sepupu aku yang nak kawin hujung bulan ni


inilah hadiah yang aku belikan untuk sepupu aku yang paling rapat sekali,anak kepada mak ani aku...so nurul tahniah! selamat pengantin baru,semoga kekal selama2nya,
hadiah ni aku beli kat jalan kuala kangsar,harap2 sepupu aku tak baca blog aku sebelum hadiah ni sampai kat tangan dia