Thursday, January 29, 2009

holiday - cameron highlands

25hb jan 2009 - 26hb jan 2009
7.00am
bertolak dr batu gajah ke cameron highlands(ikut jalan simpang pulai),singgah makan kat kedai roti canai sebelum kelab golf clear water,sampai cameron dalam pukul 10.00am...hujan sepanjang hari,lepas hujan sempat singgah di MARDI sebelum check in kat Brinchang Hotel,malam pulak aku and family berjalan kaki ke pasar malam,dekat je dari hotel.....cuaca terlalu sejuk,esok pulak baru dapat berjalan-jalan tapi terlalu sesak memandangkan semalam hari hujan sehari suntuk,pukul 3.00pm aku bertolak balik dan terpaksa ikut jalan tapah disebabkan tak de pilihan lain(jalan sesak) tapi ini kali terakhir aku ikut jalan tapah walaupun jalan simpang pulai sesak,aku sanggup tunggu sampai 2 3 jam....jalan tapah yang mengerikan,
layan gambar jommm





















Friday, January 23, 2009

23 hari

diam tak diam dah 23 hari dalam tahun 2009 ni,sekejap je rasanye.....untuk tahun ni aku tak de azam.....bukan apa,bila permulaan tahun kita dah ditakdirkan dgn beberapa berita yang menyedihkan,mcm dh tak de perasaan la,mungkin pegi bercuti lebih baik....itu la perancangan aku pada minggu ni,parents aku datang dari pahang ajak aku bercuti kat cameron highlands,insya'allah 25hb ni aku bertolak ke sana dan akan bermalam di hotel Brinchang,26hb baru balik.........

Thursday, January 22, 2009

tetamu baru

alhamdulilah,dah selamat pun member aku lagi sorang menerima orang baru,comel kan...baby girl,nama tak de lagi

aku bila lagi...? jawapan yang tak berapa pasti,mungkin tak de rezeki lagi

Wednesday, January 21, 2009

interview

semalam aku terima satu lagi surat panggilan interview,temuduga pertama bagi tahun 2009,tapi untuk yang ke berapa kali aku dah tak pasti sbb setiap tahun aku akan apply setiap kekosongan jawatan yang keluar dalam paper,kalau ikutkan hati aku mmg dah malas nak apply,tapi bila mengenangkan status kontrak tu,nak tak nak aku paksa kan jugak,ntah la bila nak ditetapkan,dan ntah bila la staff kontrak ni akan bertahan......aku hanya mampu bersabar...sabar...dan terus bersabar,kali ni aku di panggil untuk interview jawatan pembantu tadbir (pekeranian dan operasi) kat perbadanan pengurusan sisa-sisa pepejal dan pembersihan awam yang akan diadakan di majlis pembandaran manjung di bawah kementerian perumahan dan kerajaan tempatan,untuk hari ni aku dah study skt2 ttg perbadanan ni,nmpak mcm ok.....insya'allah kalau ada rezeki.......dapat la kut....amin.

Monday, January 19, 2009

miming @ memey.....?

miming....nama yang diberi oleh syafiq untuk 2 ekor anak hamster,tapi adik2 ipar aku kata kalau nama memey pun ok gak...hehehhehe,bagi syafiq dua2 ekor tu namanye miming tapi yang jantan tu aku suruh dia panggil TAQ,sempena cite kartun yang paling syafiq suka...wonder pet











Tuesday, January 13, 2009

kenangan raya 2008

keluarga mentua aku....

al-fatihah...

9 jan 2009,jumaat 10.30....
ayah mentua aku kembali kerahmatullah......walaupun sebagai menantu,kedudukan aku seumpama anak dunia akhirat,berita kematian yang ketiga aku terima dalam masa 2 bulan,tuhan saja yang tau betapa berat hati ni,bila kita menerima berita sedih....semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat...amin

Friday, January 9, 2009

dugaan 2009

ini ke yang sepatutnye aku tempuh dalam 2009,ketentuan yang telah di atur oleh-Nya,2 minggu sebelum menjelang 2009,berita yang terlalu sukar untuk diterima apabila aku menerima panggilan dari mak yang mengatakan pak cik aku dah meninggal,seingat aku pak de aku tak de sakit apa2,itu yang membuat hati aku selalu tertanye2,betul ke ni semua kenyataan....?,sebaik pulang bercuti dari pahang,3hb januari 2009,ayah mentua aku dikejarkan ke hospital Batu Gajah,dan kemudian dipindahkan ke Specialist Hospital akibat kekurangan hemoglobin dalam darah dan komplikasi buah pinggang,dia dimasukkan ke Wad ICU,sehingga semalam masih didalam perhatian walaupun ada sedikit perubahan dari hari2 yang sebelumnya,hari pertama di ICU,aku sendiri pun tak sangup nak melihat keadaannye,wayar2 yang bersambung sana-sini dan saluran gas yang dimasukkan ke dalam mulut.......betapa menderitanya,namun tak semua perkara yang permulaannye pahit akan berakhir dgn kesedihan,seusia syafiq 5 tahun aku mula sekolahkan dia di bawah Taman Asuhan Kanak-kanak Islam,alhamdulilah...semua yang diaturkan olehNya terlalu adil,semua yang terjadi ada hikmah yang telah disusun rapi olehNya.....semalam satu lagi panggilan yang membuat diri aku terlalu sukar nak menerimannya apabila mak aku bagi tau sepupu aku meninggal akibat dipanah petir sewaktu dia memancing,seusia 27 tahun meninggalkan 2 orang anak yang masih kecil....ya Allah apakah kepahitan ini akan terus aku lalui dalam tahun 2009 ni,mampukah aku menerima dugaan demi dugaan lagi..?terlalu leka ke aku hingga aku di uji dengan ujianMu ini,apakah kepahitan ditakdirkan untuk aku dalam tahun ini atau ada cahaya yang akan terus untuk bersinar....rabbana atina fiddunia hasnah,wafilakhirati hasanah,wakina azabannar...amin

Tuesday, January 6, 2009

cuti - cuti di Pahang Darul Makmur

2 Jan 2009
Mini Zoo Jabatan Perhilitan,Temerloh





Taman Bandar,Temerloh