Tuesday, May 26, 2009

coretan minggu lepas

hari jumaat lepas aku ambik cuti sbb aku nak balik pahang hantar adik ipar aku dapat masuk UiTM kuantan,pukul 9.45am aku bertolak dr bt gajah,sampai ke rumah mak dalam pukul 2.30pm,maklumla bnyk sgt tempat singgahnya....mula2 singgah kat R&R hulu bernam timur,isi perut dulu,pastu singgah kat genting sempah untuk makan tghari sbb aku dah cakap kat mak aku tak payah masak tghari,kesian jugak kat mak aku nak masak sorang2,sbb datang dalam 2 buah kereta,jadi mak mentua aku ajak mkn kat luar siap2,sampai kat pahang kitaorang rileks jap pastu pegi kuar jalan2 ke temerloh ,ajak diaorg yg tak pernah smpai ni jenguk2 temerloh,balik tu singgah pulak kat pasar malam,beli apa yg patut je sbb aku tak nak korbankan episod akhir cite embun mutiara.....esoknya pagi2 lagi kitaorg suma bertolak ke kuantan,sampai kat UiTM dalam pukul 10.00am,habis daftar dalam pukul 12 lebih...dah siap semuanya aku ajak makan tengahari kat teluk cempedak sbb petang tu kitaorg nak balik batu gajah jugak,aku pulak terpaksa balik sbb esoknya syafiq nak bersukan,singgah jap kat rumah mak cik aku kat lepar hilir utk smbhyg zohor.....dalam pukul 5.00pm kitaorg bertolak ke perak,sampai kat batu gajah dalam pukul 10.30pm,esoknya pagi2 lagi aku dah bangun nak hantar syafiq bersukan,nak sampai kat mini stadium sg tapah(sebelah pejabat tanah ipoh tu le) sebelum pkl 7.30pm....penat sgt tapi aku kuatkn semangat nak tgk syafiq bersukan tapi tk dpt apa2 hadiah pun,habis dalam pukul 12 lebih,aku betul2 dah tak larat...nasib baik tak pengsan,mungkin terlalu penat dan tak cukup berehat,balik2 terus je tidur......suami aku kejut makan tghari sbb masa tu dah pukul 3 lebih,kemas brg2 yg bersepah2 dalam bilik pastu sambung baring balik sbbnya aku tak blh nak bangun...pening....lgpun esoknya aku kena kejeee...waaaaaaaaa,syafiq je yg dapat cutiiiiii................
kenangan di Kuantan,Pahang







Temasya sukan taski ABIM seluruh daerah kinta yang dirasmikan oleh Dato' bandar ipoh







Thursday, May 21, 2009

pesanan penting kepada pembaca2 blog ni....

sebenarnya korang semua dah ditag oleh aku.....senang kan aku nak menge'tag'kan orang,malas aku nak fikir sape yang aku nak tag kali ni,jadi pembaca2 blog ni jgn lupa ambik award ni,pastu korang letakkan la kat blog korang sendiri......dan jgn lupa jawab soalan tu sekali....cara2nya telah disertakan sekali......hehehehe.....................layannnnnnnnn
tag ni aku dapat dari kak linda,thanks lagi sekali k.linda(bradford),jauh tau aku dapat award ni....
a) Copy badge "Vespa 3logger Award Friendship" di atas untuk diletakkan di blog anda.
>>...yang ni aku dah settlekan
b) Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
>>...aku dapat award ni dari k.linda(bradford)
aku kenal k.linda ni masa ku keje kat nilai dulu,satu tempat keje....dah tentu la dia ni bos aku,tapi kitaorang dah macam kawan2,masa k.linda ni start keje,aku dah mmg keje kat situ,masa tu dia belum kawin lagi dgn abang sham,kalau nak diceritakan kat sini mmg byk sgt kenangan kitaorg kat situ tapi apa yang aku ingat sgt sampai hari ni ialah,k.linda ingat tak org prnh mntk tlg abg sham sahkan sijil org untuk 1st time interview,sbnrnya org dapat keje tu kat kementerian kesihatan tapi terpaksa tolak atas sbb yang tertentu,jasa abg sham tu org ingat tau...
c) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)
>>...suka sangat kat dunia it ni
>>...seorang pembaca novel yang tegar
>>...alamakkkk,tak dapat nak fikir laaaa....
d) Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
>>...yang ni aku tag sape2 yang baca blog aku ni
e) Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda". Terima kasih!
>>...abaikan je la

Wednesday, May 20, 2009

mari belajar bahasa jepun

sebenarnya benda ni aku ambik dr blog member aku,dia dapat tag ni dr member dia,tag bahasa jepun tapi aku malas nak bertag2,aku copy ni saja je nak suka2.....ok gak,rilekskan kepala otak....jom cuba

translation :
A - ka
B - tu
C - mi
D - te
E - ku
F - lu
G - ji
H - ri
I - ki
J - zu
K - me
L - ta
M - rin
N - to
O - mo
P - no
Q - ke
R - shi
S - ari
T - chi
U - do
V - ru
W - mei
X - na
Y - fu
Z - zi


aku:
ZURAIDAH
nama jepunnya- zidoshikakitekari (mentang2 la aku dok kat utara,ada gak terselit kari tu,sabo je)

suami aku:
SHAHRULNIZA
nama jepunnya-aririkarishidotatokizika (hehehehe...kat nama suami aku pun ada kari)

anak aku:
MUHAMMAD SYAFIQ HAYKAL
nama jepunnya-rindorikarinrinkate arifukalukike rikafumekata (aikkk nama anak aku sikit punya panjang tk de pulak suku kata kari......ish...ish...ish )

Tuesday, May 19, 2009

dapur terbakar.....

hari ni pagi2 lagi aku dah bangun....dalam pukul 5.00am.konon2nya nak masak la sbb aku nak bawak bekal ke ofis,kat ofis aku dah tk tau nak mkn apa,menu pg ni ialah nasigoreng.......sunyi je pagi2 mcm ni,aku je yang buat bising ketung...ketang kat dapur,dah la asyik terkejut je.....kucing rumah ni dok main tombol pintu tu,maklum la bau ayam pagi2 buta ni,tengah syok aku masak tiba2 aku rasa panas lain macam pulak kuali aku ni,kat perut aku pun rasa panas......nak tau apa terjadi,rupa2nya lapik dapur gas tu dah habis terbakar,nasib baik aku je yang tak terbakar....klu tak tau apa nak jadi,aku sempat tutup api gas,pas tu ambik air dalam tapeware besar terus jirus kat dapur,banjirrrrrrr......duduk termenung jap sbb tak tau nak buat apa lps tu,aku pegi kejutkan suami aku.......boleh dia tido balik,sekali lagi aku panggil dia baru aku cakap yang dapur terbakar...haa baru nak bangun,moralnya.....jangan la lapik dapur gas dgn suratkhabar,nnt jd macam aku pagi ni,mak mentua aku kata mmg nak buang dah lapik tu tp asyik terlupa je.......hehehehe akhirnya aku jugak yang kena,walaupun dapur terbakar aku masih boleh bawak bekal tau.....sampai kat ofis penat sikit la hari ni sbb pagi2 lagi dah kena bersihkan dapur yang terbakar.............

ni la nasi gorengnya...walaupun masin skt tapi best jugak(sape lg nk puji klu bkn diri sendiri)

semalam.........

semalam balik dari kerja syafiq desak aku srh carikan hadiah utk cikgu dia,penat la.....malas betul aku nak kuar,dia ajak aku pegi pasaraya minat,dia kata hari ni suma kawan2 dia bagi hadiah kat cikgu,pas tu aku tanya diaorang bagi apa kat cikgu,syafiq cakap kawan2 dia bagi pen la,coklat la tapi ada jugak yang tak bagi pun,aku tanya dia nak bagi apa tapi dia tk tau..............puas aku fikir apa yang aku nak bagi kat cikgu2 syafiq ni,akhirnya aku tengok la banyak mug yang kecik2 kat dalam keta aku tu,mug tu aku dapat masa aku pegi kenduri kawin kawan suami aku kat malim nawar,yang ni pun ok la ye syafiq....dia tak kisah janji ada hadiah nak bagi kat cikgu walaupun dah ketinggalan hari......,penat aku bungkus benda ni malam tadi....nak tengok tak...jom

yang ada gambar pooh ni mak mah syafiq yang sponsor

yang ni la aku dapat masa kenduri tu

jeng.....jeng....jeng.............hasilnya

satu untuk ustaz,satu ustazah dan satu lagi untuk cikgu zarina

Monday, May 18, 2009

hari2 ku yang sibuk......

start minggu lepas aku dah mula sibuk setiap hujung minggu,sibuk ke sana ke mari,hari sabtu baru2 ni pegi klinik najiha kat bota,sbb minggu 1 lg nnt nak buat chek up dah,nasib baik hr sabtu ada dr.najiha kat klinik,itupun tg dia kat 1 jam di klinik,lambat masuk maklumla klinik tu dia yang punya,bila scan ada beza skt dgn tarikh klinik kerajaan,dr.najiha kata aku baru 14 minggu tak sampai 17 minggu lg,beza dkt2 sebulan tu.....yang aku kisah tu nnt kalau dah jadi mcm ni mesti aku kena ngadap lagi sekali muka doktor,pastu mesti doktor tu bagi surat pegi hospital besar ipoh jumpa pakar sbb benda2 ni suma dh jd kat aku pregnntkan syafiq dulu,memandangkan berat badan aku pun mendatar dan darah aku kurang aku dah terasa2 kena pegi jumpa pakar jugak...huhuhuhuhu malasnya,minggu depan pulak rumah mak mentua aku ada kenduri,masak sendiri pulak tu,start minggu ni pun aku dah mula tolong skt2 mana yang patut,mula2 tu dah tempah katering tapi mak cik tu ada hal pulak,memandangkan keadaan aku macm ni,penat sgt rasanya,minggu ni nak balik kampung jap pastu hr ahad ada sukan kat sek syafiq..............uuuuiii sibuknya aku,nasib baik aku tak de alah sgt klu tak tk tau la aku menghadapi hari2 yang mcm ni

Friday, May 15, 2009

thanks cikgu.....!!!!!!!!!

Send Orkut Scraps

untuk cikgu2 yang telah mengajar aku sejak aku dari tadika lagi.......terima kasih banyak2,walaupun cita2 yang aku impikan selama ni tak jadi kenyataan tapi apa yang aku dapat hari ini berkat dari usaha dan tunjuk ajar dari cikgu2 yang pernah mengajar aku.....sekali lagi aku ucapkan terima kasih banyak2 cikgu terutama masa aku bersekolah di TADIKA kemas Bukit Damar,Sek.Keb.Bkt Damar,Sek.Men(A)Al-Wosto Temerloh dan Sek.Men.Keb.Bukit Mendi Triang



Wednesday, May 13, 2009

maju sukan untuk negara

alhamdulilah minggu lepas syafiq dah habis periksa,anak aku yang nak ambik periksa aku yang risau,walaupun baru 5 tahun tapi aku tetap anggap benda ni semua amat penting bagi permulaan hidup dia,keputusan agak memuaskan cuma mata pelajaran bahasa inggeris dan tulisan jawi agak lemah....tapi aku akan cuba untuk tingkatkan balik prestasi dia,semalam balik dari keje.....
syafiq : ibu,hari ni ustazah srh pakai trak suit pegi sek,ada sukan kat sek nnt
ibu : laaaa nape syafiq tak cakap dgn ibu,tu la nangis je,dah besar pun ngada2
habis tu syafiq tak sukan la smlm?
syafiq : ustazah kata tak payah la smlm sbb ramai yg tak pakai baju sukan lagi....
ibu : lainkali dengar cakap ustazah tu betul2,asyik nak main je
nak tak nak aku terpaksa la cari treksuit dia malam tadi,mula2 nak ke pasabina tapi aku tak larat...jadi aku pun cari kat batu gajah je,mula2 masuk pasaraya minat,ada yang aku berkenan tak de saiz pulak,last choice aku terpaksa la pegi TF,bukan apa selalunya TF ni ramai sgt orang pening kepala aku,nasib baik malam tadi orang tak berapa ramai,dapat la aku beli kan dia 2 helai treksuit,tgk dia pun bersemangat nak bersukan,bukan tk de treksuit kat rumah tapi kesian pulak kat anak aku nnt klu anak org lain pakai treksuit baru anak aku pulak pakai treksuit lusuh,berhabis sikit utk anak aku tak kisah walaupun bajet aku terlari sikit bulan ni,pagi tadi suami aku tepon....dia cakap sukan tu diorang buat 24 mei nnt,alamakkkk....habis plan aku nak ddk lama kat pahang,lepas daftar adik ipar aku masuk UiTM 23 mei nnt terpaksa la aku balik jugak ke sini hari sabtu tu,ingtkan nak balik hari ahad,huhuhuhu........tak pe la berkorban utk anak.....baru nak belasah masakan mak

Tuesday, May 12, 2009

thanks kak linda......

award ni aku dapat dari kak linda kat bradford...............thanks k.linda....miss u sgt2,balik malaysia jgn lupa bagitau

Monday, May 11, 2009

award dari shemmi

award ni aku dapat dari kawan aku merangkap best friend aku masa sek kat SMAW dulu.....tapi aku kena jawab tag pulak.....
1. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini..
**antara kawan aku yang paling baik
**berkawan sejak dari SMAW
**sama2 ada secret admire masa sekolah dulu.....pemain bola sepak wakil SMAW hehehe...
**anak angkat mak aku.........soalan yg selalu mak aku tanya ttg dia ni "bila ina nak datang rmh?"
**tetap tak berubah dari dulu sampai sekarang
2. setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya
**suka balik kampung terutama pahang bumi bertuah
**seorang yang suka baca novel....bila dah start baca,semua keje tak jadi
**sekali terasa hati,diri akan jadi serik dan ingat sampai bila2
**suka gi makan angin and jalan2 cari makan
**seorang pekerja goment yang macam pekerja goment yang lain tapi masih berstatus kontrak
**nak ambik lesen keta tapi tak tau bila nak ambik
**mempunyai seorang cahaya mata yang suka menangis walaupun dah besar
**isteri kepada seorang suami kaki pancing
**bakal menimang seoarang lagi cahaya mata......doa2kan lah dapat baby girl pulak
**suka makan masakan mak terutama ikan patin masak asam,talapia merah goreng cicah dgn budu,dan asam pedas ikan patin mak mentua aku
3. anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka
alamak ramainya sampai 10 orang....ni je la blogger yang aku dapat bagi award ni
**wani - hobi suami sama dgn suami aku,sama2 pekerja goment,suka gelak....hepi go lucky dan ada seoarang anak yang comel bernama anis mirza
**rahezan - berkawan sejak dari SMKBM.....kenangan terindah
**kak linda - officer aku masa keje kat nilai,dulu seorang yang tak berapa pandai masak skrg blh dikata seorang yang sgt2 pandai memasak,berada nun jauh di rantau orang
cukup la ni erkkk......

Friday, May 8, 2009

Thursday, May 7, 2009

aku dah jangka dah

smlm awal2 lg aku dah pesan kat suami aku,hari ni kena hantar aku pegi keje sbbnya mesti korang suma dah tau kan,DUN akan bersidang hari ni,dalam berita pun dah cakap yang 500 meter dari pagar SUK adalah kawasan larangan,pintu pagar ofis aku dgn pintu pagar SUK tu beberapa meter je.....pagi2 lagi aku bangunkan anak aku,siapkan dia dgn baju sekolah sbb dia mesti nak ikut hantar aku pegi keje,sampai kat jalan gurney dalam pukul 7.10am,huhuhuhu aku tengok dah jem teruk,sampai kat BSN jalan nak masuk ofis polis dah blok tapi dia bukak satu jalan je,nasib baik polis tu bagi aku melencong sikit,akhirnya selamat aku dapat masuk ofis pukul 7.30am,sape2 yang lambat sikit dari aku tadi kebanyakkannya kena jalan kaki,jauh giler tu.....sbb suma jalan yang nak masuk ke ofis ditutup,tepat jam 8.00am tadi pintu pagar pun polis dah tutup,cuma motor je yang diaorang bagi masuk......muka masing2 memang hangin je,sampai sekarang ni dah pukul 9.00am tapi ofis masing sunyi dan lengang,ada yang terus melencong ke tempat lain kut....untung orang yang jaga kaunter hari ni,boleh la rileks sikit.

Wednesday, May 6, 2009

selamat hari ibu @ happy mother's day

kepada ibu,mak,mama,mummy,bakal ibu,bakal mak,bakal mama,bakal mummy............
zwani.com myspace graphic comments

zwani.com myspace graphic comments