Monday, June 29, 2009

balik kampung

hari rabu minggu lepas aku tepon mak aku kat kampung,dia cakap durian yang kat belakang rumah aku tu dah gugur,mula2 mmg tak de planning nak balik memandangkan cuti aku pun dah tak berapa nak ada,sbb kitaorg rancang nak balik awal bulan ogos nanti tapi atas desakan hati yang nak sgt makan buah durian sendiri,nak tak nak aku aplly jugak la cuti hari jumaat tu,aku ingat nak balik lepas keje hari jumaat tu,rasa macam rugi pulak balik kampung kejap sgt,dah la jauh.........syafiq pun terpaksa ponteng sekolah sbb pagi2 lagi kitaorg dah bertolak balik kampung,suami aku kalau bab2 balik kampung mmg la dia paling suka,kat sini pun kitaorg duduk kat area2 pekan jadi bila sekali sekala bercuti kat kampung mmg best giler,nak pulak ayah aku baru je masukkan 400 ekor anak ikan dalam kolam kat belakang rumah aku,syafiq pun bukan main lagi,pagi2 lagi dah ajak pegi bagi makan ikan.....aku..???? 2 kali je aku jenguk kat kolam tu sbbnya aku just nak snap gmbr 2 org yg sedang bagi makan ikan tu,bukan apa,time nak pegi mmg la best sbb turun bukit,time nak balik yang tak berapa nak larat sbbnya kena mendaki bukit......






kebetulan hari sabtu tu pulak mak sedara aku buat kenduri naik buai untuk cucu dia merangkap anak sedara aku,kita layan gambar si kecik ni pulak.......



salah satu adat kalau naik buai....pijak tanah dan emas sepatutnya sebelum pijak tanah tu kena naik tangga tebu tapi tak sempat nak buat


















Monday, June 22, 2009

bila aku mc.......

gambar ni aku snap masa aku mc rabu minggu lepas,sambil tunggu syafiq balik sek aku duduk ambik angin kat luar ditemani kucing yg mmg suka nyibuk ni...nama kucing ni aning.....syafiq yang bagi nama tu,muka dia tengah bengang sbb aku baru lepas marah dia sbb dia ni kalau kita duduk2 kat luar suka naik atas riba.....kadang2 tu rimas aku,klu dah ddk kat riba bknnya nak duduk diam,mesti nak cari posisi yang selesa.......sekali aku naik angin....padan muka kena marah...


ni pulak gambar buah malberry,mula2 aku tak tau apa nama buah ni....lepas aku tengok majalah tiga baru aku tau nama buah ni,mahal jugak kalau kita beli kat luar,rm35 sekilo,kat rumah aku pulak melambak2.......rasa dia masam2 manis macam buah strawberry,anak aku mg suka makan buah ni sbb dia mmg makan buah strawberry ,bila dah mc ni la keje aku masa hari tu.....snap sana sini,cuma pokok dia je aku terlupa nak snap



selamat hari bapa



Tuesday, June 16, 2009

update blog


Hi There funny picture

dah lama aku tak update blog,bukannya tak de cite tapi aku tersangat2 la penat sejak 2 menjak ni,setakat bukak blog and baca blog2 lain tu boleh la terutama blog yang banyak resepi,bila terliur je terus nak masak......tu je la yang aku rajin buat masa sekarang ni,sbb aku dah tak boleh nak makan kat luar sgt,aku pun tak tau nape........mungkin menu kat kedai makan tu kebanyakannye sama je,kalau kita masak,macam2 kita boleh buat......betui tak?kalau kat ofis pulak,time rehat aku lebih suka tido atau memerah kepala otak dgn game pikachu......tu je la keje aku dan sekarang ni pun aku terasa sgt penat...penat...penat...dan penattttt,masa aku pregnant kali pertama dulu aku tak rasa penat macam ni tapi yang ni mmg penat lain macam sikit,so buat masa sekarang ni terpaksa la aku banyak2 sabar.....sabar.....sabar.....dan terus bersabar macam kat bawah ni

*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Patience funny picture

Friday, June 5, 2009

pergi.....

smlm aku dapat call dr adik aku bg tau yang atuk aku meninggal kat melaka,mula2 terkejut jugak aku sbb aku ingatkan atuk aku belah abah aku,walaupun cuma atuk tiri tapi aku agak rapat jugak,ikutkan hati mmg nak pegi melaka malam td,memandangkan banyak perkara yg kena aku fikirkan,aku terpaksa batalkan niat aku,cuma apa yang aku mampu buat berdoa dr jauh semoga atuk aku ditempatkan dgn org2 yg beriman,tak sangka betul aku sbb atuk aku ni tak de sakit apa2 pun,bila dapat berita ni macam tak percaya je......aku dengar cite hari semalam atuk dgn nenek aku balik melaka sbb atuk aku tu sejak kawin duduk dgn nenek aku kat pahang,tapi setiap awal bulan dia akan balik melaka sbb nak kutip duit sewa bot,sblm dia meninggal smlm sempat jugak la dia berjalan2 dgn nenek aku kat tepi pantai memndangkan rumah dia betul2 kat tepi laut lgpun kampung nelayan dan atuk aku tu dulu pun kejenya nelayan,pastu tgh berehat2 kat rumah tiba2 atuk aku sesak nafas dan terus meninggal,tu la kalau ajal kita dah sampai,tak kira masa samada kita sakit atau kita sihat,aku terkilan jugak sbb dah berapa kali dia ajak aku balik melaka tapi selalu bajet aku tak cukup,tk tau la aku bila lagi aku nk pegi ke sana,insaya'allah klu ada rezeki untuk anak aku yagng ke dua ni,sampai jugak aku kat sana....kita yg hidup ni kena teruskan hidup dgn melalui ujian dan dugaan,apa yg kita perlu ingat Allah selalu bersama kita.............

al-fatihah

Tuesday, June 2, 2009

selamat bertunang......haryati-shahrill

sabtu lepas selamat dah adik ipar aku bertunang........penatnya tk tau nk cakap,aku terpaksa ambik cuti hari semalam,memandangkan masa kenduri kitaorang masak sendiri,penatnya tak hilang sampai la hr ni,nak bercakap pun rasa tak larat......tapi apa yang penting kerjasama,dan makanan yang dihidangkan sedap.......antara menu hari kenduri tu ialah ayam masak merah,daging masak kicap,sayur lemak nangka dgn ikan masin dan jelatah juga pemanis mulut buah tembikai