Friday, August 28, 2009

imbas kembali.....................kenangan SMAW

aku pun tak tau ntah nape tiba2 jer terpikir dalam kepala otak ni nak search kat google nama sekolah aku dulu2,maka ni la hasilnya.........tak sangka aku rupanya ramai jugak blogger2 yang sama sekolah dgn aku,siap ada sejarah lagi sekolah ni,kat bawah tu ada aku copy sikit ttg pengasas sek ni..............





yang aku masih kenal ialah ustazah yang pakai kaler coklat + oren tu,warden aku masa aku tinggal kat asrama,nama dia ustazah majidah,yang lain2 tu aku tak kenal,nampak macam muka baru je.

serba sedikit tentang sejarah sekolah ni :
Sekolah Menengah Agama Al-Wosto, Berhala Gantang yang terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Temerloh, tentu tidak asing pada orang Pahang. Bermula daripada sistem pengajian pondok, diasaskan satu sistem persekolahan yang diberi nama Madrasah Al-Wosto. Demikian inisiatif Haji Hasanuddin Mohammad pada tahun 1948.Sebenarnya tradisi pengajian pondok di kampung itu telah wujud sejak abad ke 17 lagi. Pengajian ketika itu didukung oleh seorang ulama terkenal iaitu Tok Shahibuddin Zainal Abidin (1650-1770). Beliau mendapat pendidikan agama di Kelantan, Terengganu, Fatani, Kedah, Acheh dan Badawi. Tradisi cintakan agama dengan memeriahkan pengajian pondok itu diwarisi turun-temurun oleh keluarga berkenaan serta penduduk Berhala Gantang. Sistem pondok itu kemudian bertukar kepada sistem sekolah pada pertengahan abad ke-20. Madrasah Al-Wosto yang dilestarikan oleh Haji Hasanuddin itu telah menyediakan kurikulum yang lebih mantap dengan guru-guru terlatih yang berpengetahuan. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan tentang kaedah penyampaian ilmu serta bahan yang digunakan dengan sistem pondok. Mungkin yang berbeza hanya dari segi pendekatan dan fizikal yang disediakan untuk kemudahan pelajar-pelajat. Kalau sistem pondok di kampung tersebut terbuka kepada pelajar di semua peringkat usia, tetapi di sekolah agama rakyat mempunyai tahap umur tertentu.Kerja keras Haji Hasanuddin dengan guru-guru serta penduduk kampung telah menjadikan madrasah tersebut sebuah pendidikan agama yang terbesar di negeri Pahang. Pada tahun-tahun 1950-an dan 1960-an mencatatkan pertambahan pelajar seramai 400 orang pelajar. Bahkan pengajiannya pada tahun-tahun 1960-an setaraf dengan pendidikan universiti. Walaupun pada tahun 1948 itu telah dimulakan pengajian di Madrasah Al-Wosto sebagaimana yang disebutkan, namun pondok-pondok pengajian agama masih boleh didapati di Kampung Berhala Gantang. Malah kuliah-kuliah agama dengan jadual-jadual yang tersusun masih lagi berterusan di masjid kampung itu sebagaimana masa-masa dahulu itu.Madrasah Al-Wosto pada awalnya menggunakan sebuah bangunan yang didirikan secara gotong-royong oleh penduduk setempat. Bangunan tersebut terletak di kawasan masjid Berhala Gantang yang ada sekarang ini. Menurut Haji Hasanuddin, madrasah tersebut dinamakan Al-Wosto kerana kedudukannya di tengah-tengah antara Kuala Sungai Pahang dengan Kuala Sungai Tembeling di sebelah hulunya. Manakala Kampung Berhala Gantang sendiri terletak di tengah-tengah negeri Pahang. Al-Wosto bererti "tengah". Kedudukannya yang di tengah-tengah itu menjadikan pelajar-pelajar dari segenap negeri Pahang mudah bertemu. Mereka boleh menggunakan kemudahan pengangkutan sama ada melalui sungai mahupun jalan raya. Banyak pengalaman yang cukup berharga bagi Haji Hasanuddin sewaktu menerajui perjalanan Madrasah Al-Wosto. Kegigihan beliau melalui liku-liku pahit dan manis dengan penuh sabar. Pada masa yang sama, beliau berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang ampuh ilmu agama dan sedia berkhidmat kepada aganma, bangsa dan negara.Pada tahun 1966 umpamanya, Al-Wosto berjaya menwujudkan pengajian Kelas Lapan untuk pelajar-pelajarnya. Pengajian pada peringkat itu sama tarafnya dengan pengajian di universiti. Pada tahun 1970 iaitu sewaktu negara menghadapi zaman kemelesetan, sekolah itu turut menerima bahangnya apabila pelajar-pelajar sukar membayar yuran pengajian. Namun, Al-Wosto tetap berjalan lancar walau dalam keadaan yang sukar itu. Demi kesinambungan pengajian itu, Madrasah Al-Wosto diserahkan kepada Kerajaan Negeri pada tahun 1982. Sekolah yang diletak di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sehingga sekarang mempunyai kompleksnya yang selesa. Selain bilik-bilik pengajian, disediakan asrama untuk pelajar lelaki dan asrama untuk pelajar perempuan. Di samping itu terdapat pelbagai kemudahan seperti padang, bilik-bilik makmal, dan bengkel untuk pelajaran-pelajaran tertentu. Kini, Sekolah Menengah Agama Al-Wosto dapat menampung pelajar-pelajarnya antara 400 hingga 600 orang. Bahkan sekolah ini merupakan sekolah pilihan untuk pelajar-pelajar cemerlang dari luar Berhala Gantang. Manakala bagi pelajar-pelajar dari Kampung Berhala Gantang dan kampung-kampung sekitar yang berdekatan, Al-Wosto merupakan pilihan mereka yang utama secara terus dari sekolah rendah. Keistimewaan ini diberi sedemikian rupa sebagai galakan utama kepada anak-anak di kampung tersebut. Kemeriahan pendidikan agama Islam di Kampung Berhala Gantang bukan sekadar dengan sejarahnya yang cukup menarik. Malah kenaikan taraf Madrasah Al-Wosto kepada Sekolah Menengah Agama Al-Wosto di kampung itu dimeriahkan lagi dengan tertubuhnya Maahad Tahfiz Al-Amin. Maahad ini ditubuhkan oleh Haji Hasanuddin bersama Ustaz Wahid Ghaffar Haji Ibrahim Al-Hafiz pada tahun 1996.Maahad Tahfiz Al-Amin kini mempunyai pelajar seramai kurang dari 40 orang bagi memudahkan pembelajaran. Maahad menerima pelajar dari seluruh negeri Pahang dan juga Semenanjung. Sebuah bangunan untuk tahfiz tersebut sudah disediakan lengkap dengan bilik pengajian dan asrama. Manakala, masjid Berhala Gantang yang berdekatan dengan Maahad tersebut turut dijadikan tempat pengajaran dan pembelajaran terutamanya selepas solat Subuh.Ustaz Wahid Al-Hafiz di samping menjadi guru, beliau juga menjadi imam di masjid tersebut. Pada masa yang sama beliau turut memberi kuliah agama untuk pelajar-pelajar tahfiz juga untuk penduduk kampung.Haji Hasanuddin walaupun dalam usia 88 tahun masih tekal dan aktif dalam memberi bimbingan kepada penduduk kampung Berhala Gantang. Sehingga kini beliau masih menjadi penasihat kepada ahli jawatankuasa Falak Negeri Pahang; penasihat Maahad Tahfiz Al-Amin, di samping menjadi pakar rujuk agama yang berwibawa.Manakala aktiviti dan sumbangan beliau pada masa lalu antaranya ialah membuat taqwim solat untuk negeri Pahang; Hakim Tilawah al-Quran Negeri Pahang tahun-tahun 1960-an dan 1970-an; Yang Dipertua Persatuan Peladang Daerah Temerloh 1975-1980; Imam masjid Kampung Berhala Gantang 1950-1995 dan menjadi penasihat kepada Maahad Tahfiz di Kerdau, Temerloh.Tokoh ini mampu menguasai bahasa Arab dengan baik serta menguasai ilmu Fiqh, tafsir Al-Quran, dan sirah. Antara kitab yang ditelaahnya ialah Ghayatul Taqrib, Khusun Hamidiyah, dan lain-lain. Beliau khatam al-Quran pada setiap bulan dan pada setiap waktu hair untuk sembahyang berjemaah di Masjid Kampung Berhala Gantang. Haji Hasanuddin mendapat pendidikan sekolah rendahnya di Sekolah Kebangsaan (Melayu) Bangau Tanjung, Temerloh. Kemudian beliau memasuki pengajian pondok al-Quran Tuan Haji Man Lubuk Kawah tidak jauh dari kampungnya. Selepas itu beliau menyambung pengajiannya di Pondok Tuan Guru Haji Ismail Mat Akil di Kuala Lipis. Akhirnya beliau menyambung lagi pengajian di Pondok Tuan Guru Haji Abdullah Tahir, Bunut Payung, Kelantan. Di Kelantan, beliau belajar selama enam tahun iaitu tahun 1941 - 1947.Sewaktu belajar di pondok Bunut Payung, tercetus Perang Dunia ke-2. Hal ini menyebabkan Haji Hasanuddin tinggal di Kelantan dalam tempoh yang begitu lama. Beliau balik ke Pahang pada tahun 1947 sewaktu negara sedang dilanda zaman Darurat (1947-1952). Namun suasana sukar ini tidak mematahkan semangatnya untuk mendirikan Al-Wosto (1948).Haji Hasanuddin berjaya menanamkan semangat cinta agama dan cinta bangsa serta tanah air kepada kalangan penduduk Kampung Berhala Gantang. Semangat yang ditanam itu menjadi begitu kental sehingga pihak Inggeris menuduh penduduk kampung tersebut bersubahat dengan pengganas komunis. Oleh sebab itu beberapa penduduk diancam untuk ditangkap oleh pihak Inggeris.Sebenarnya penduduk kampung tersebut benci kepada Inggeris, namun mereka tidak penyokong perjuangan pengganas yang mereka itu tidak ada keyakinan dan pegangan agama. Apabila Ketua Kampung Berhala Gantang, Abdullah Yaakub bin Awang Naib diancam hendak dibunuh oleh pengganas barulah pihak Inggeris percaya akan pendirian penduduk Kampung Berhala Gantang.

Thursday, August 27, 2009

pertama ramadhan

bila aku baca kat blog org lain,semuanya cite pasal makan2 je,aku bukan tak nak postkan apa2 menu untuk berbuka pose,disebabkan aku mmg tak pernah masak lagi sejak bulan pose ni maka aku pun malas la nak snap pe2 menu pun,bukannya aku malas nak masak,memandangkan aku tinggal dgn mak mentua aku jadi semuanya akan tersedia bila aku balik keje ditambah lagi keadaan aku yang sekarang ni sgt2 la tak terdaya jadi aku pun hanya belikan kuih2 je,itu je la yg mampu aku buat,cuma sekarang ni aku gigih menjahit langsir untuk adik ipar aku nak kawin bulan 12 ni,org lain sibuk jahit untuk raya tapi aku jahit untuk kenduri bulan 12 nnt,walaupun jauh lagi tapi aku takut tak sempat,pertama ramadhan tu aku dah sibuk menjahit langsir,tengah ada semangat la katakan,tiba2 je mesin jahit pulak buat hal....getah putus,sampai sekarang ni aku tak beli2 lagi,dah la kat batu gajah tak de kedainya terpaksa la aku kena pegi PasaBina,bila ntah nak pegi.....baru siap langsir untuk 2 tingkap,ada lagi 1 tingkap,1 pintu dan 2 sliding door yang tak siap,syafiq pulak sibuk je tanya aku bila kita nak gantung langsir ni,hehehehe......adik ipar cakap apa "jangan harap la syafiq,raya pun kita guna langsir lama lagi,tunggu bulan 12 baru kita gantung".......



Thursday, August 20, 2009

salam ramadhan al-mubarak



Tuesday, August 18, 2009

gift dari zura (loveydobbey)

hadiah ni aku terima dah agak lama dari kenalan kat blog aku,thanks zura......walaupun kita tak pernah jumpa tapi suka sangat dapat hadiah dari zura,cute sgt2.........insya'allah kalau ada masa nnt kita bagi kat zura pulak erkkk........tungguuuuuuuuuuuu
visit dazzlejunction.com


Monday, August 17, 2009

2nd annual dinner watanabe metal @ syuen hotel

jumaat lepas aku ambik cuti semata2 untuk join dinner tempat keje suami aku,dinner ni diaorang buat kat syuen hotel,

suami aku dapat hadiah masa 'lucky draw'

antara menu yang disediakan



hamper ni hasil kerjasama satu kumpulan

like father.....like son


bukan main bergaya lagi dapat makan kat hotel


dah start boring.....................dan dah mula ajak aku balik,masa tu baru pukul 9.00pm,padahal dinner habis pukul 10.30pm


ni la hadiah yang suami aku dapat masa dinner tu,sempat lagi si kecik tu buat meja nak menulis


periuk nasi digital.......barang2 ni semua dibeli terus dari jepun

p/s.....tuan rumah ni mmg tak suka sangat bergambar tapi suka ambik gambar org lain

Thursday, August 6, 2009

penyakit 'M' sedang melanda

buat masa sekarang ni,aku telah dilanda penyakit 'M' iaitu penyakit yang tak de ubatnya,tapi kalau sape2 yang ada ubat penyakit ni sila la bagi tau kat aku,penyakit tersebut adalah penyakit malas...malas...malas nak update blog,mungkin tgh pening kepala sbb kat ofis kena siapkan keje yang sgt2 memerlukan kesabaran tahap maksima...ok,hari ni terasa sgt2 sakit kepala......adoiiiiiii

Monday, August 3, 2009

I'm so tired today

images
aku sgt ngantuk dan letih hr ni,sbb malam tadi aku baru je balik dari kampung aku.........dari pahang pukul 5.00pm,sangkut kat tol karak stgh jam,pas tu kat highway KL-karak trafik semua slow,ramai nk balik kl kut,sampai kat batu gajah dalam pukul 9.30pm sbb aku pegi hntr buah rambutan kat rumah kwn2 suami aku dulu,pukul 11.00pm baru dapat tido......tambah pulak mkn ns lemak kt kantin pagi tadi yg sgt2 byk guna pak aji,sampai aku pun dh naik pening dan sekarang ni aku nak tido jappppp..........zzzzzzzzzzzzzzzzzzz