Thursday, October 29, 2009

musim durian datang lagi






diam tak diam musim durian pun datang lagi......minggu lepas opah chik dtg rumah bawak dalam 30 biji buah durian,rupa2nya dusun durian tanah mak mentua aku kat tanjung dedalu tu ada gugur buahnya,mmg kitaorang semua tak tau langsung yang pokok durian tu ada buah,bila opah chik datang bagi tau yang durian mak mentua aku dah mula luruh,ptg tu jugak kitaorang dok serbu dusun tu,ptg tu saja dekat2 50 biji jugak yg gugur,itupun b**i hutan sempat jugak melantak dalam 15 biji,2 3 hari lepas mak mentua aku upah org bersihkan dusun,lepas balik keje terus ke dusun kutip durian,skrg ni kitaorng kat rumah tu dah tak terlarat nak makan durian,jiran2 semua mak mentua aku dah bagi......alhamdulilah semuanya dapat merasa,sampaikan suami aku skrg ni jual pulak buah2 tu kat kawan2 dia,bila sekali beli diaorg nak beli lagi kali kedua sbb isi dia mmg elok.......ni pun bnyk lagi permintaan yang nak beli,kitaorg terpaksa bagi ikut turn sbb tak terkejar masa,masing2 semuanya keje,masa nak pegi dusun tu sgt2 terhad,abaikan gambar yang tak de kaitan dgn ini post okkkk,yang berkupas tak ingat nak ambik gambar sbb bila tgh makan masing2 tak ingat dunia,klu ada gambar nnt kita upload kemudian

Friday, October 23, 2009

pengujian bakat TASKI ABIM







ahad lepas...........dengan keadaan aku yang tgh sarat ni,taski tempat syafiq sekolah tu buat pulak pertandingan pengujian bakat,pertandingan melibatkan 10 taski ABIM bagi daerah Kinta,pagi2 lagi aku dah hantar syafiq sbb syafiq terpilih untuk pertandingan mewarna..........pertandingan ni berlangsung kat bangunan tabung haji aras 3,semua pertandingan start pukul 8.15am,mula2 tu aku teman syafiq tapi penyelia kat dalam dewan tu tak bagi mak atau bapak menyibuk jadi aku pun tg kat luar,sekali sekala aku jenguk jugak,sekolah syafiq hantar 6 orang tapi yang datangnya syafiq sorang je......kesian budak sorang ni,macam tak de semangat je masa tu,bila tgk sekolah lain semuanya ada kawan2 yg blh borak2 tapi syafiq............sorang2 je,dalam pukul 10.00am tu dah ramai peserta hantar hasil masing2 termasuk la syafiq walaupun tak habis mewarna lagi,dia dah tak de mood nak buat,penyelia tu suruh dia warna lagi tapi dia kata dah tak mau buat,pertandingan tu semua dijangka akan habis dalam pukul 1.00pm tapi aku dah tak larat nak tunggu,lepas syafiq makan aku ajak dia balik sbb aku betul2 dah tak larat dengan keadaan yang sgt2 bising dan sesak dgn budak2,tengok dari hasil mewarna syafiq aku dah rasa tak berapa ada harapan,nak tg sampai 2 3 jam lagi mmg betul2 aku tak sanggup dah,nasib baik syafiq masuk pertandingan mewarna je,kalau tak pengsan la aku nak tg sampai habis

Thursday, October 15, 2009

34 weeks....4 days so far

lama dah rasanya tak update blog.....sejak dua menjak ni,badan dah rasa tersangat la letih sbbnya malam tak blh nak tidur.....dah masuk minggu ke 34 aku pregnant,alhamdulilah..........setakat ni tak de apa2 masalah kecuali berat badan yang masih tak naik2,sejak pregnant hanya 2 kilo je yang mampu aku naikkan,dan sekarang ni aku banyak kena berhadapan dgn doktor memandangkan tekanan darah dan Hb dah mula rendah,dan keadaan yang tak berapa stabil,doktor pun dah 2 3 kali bagi nasihat supaya banyak2 berehat dan ambik cuti,tapi kadang2 sayang jugak nak cuti bnyk2 ni,duduk kat rumah pun boring.........tak de apa nak buat,asyik kena buli dgn si syafiq je....mungkin aku jarang update blog lepas ni sehingga aku habis cuti besalin nanti

Tuesday, October 6, 2009

tengok.....tengok.....tengok

nampak tak apa dah jadi....................,radio ni bukan kena curi tapi minggu lepas aku hantar pegi perodua sbb radio ni dah pening sikit,kepala otak dia dah ada virus kut terutama kalau hari panas,mula la dia buat hal.....keluar macam2 tulisan.......macam pc yang kena virus tu,kalau nak perlahankan volume dia pun dah tak mau,makin kuat jadinya........bila suami aku tanya kat perodua ada gerenti lagi ke tak....? diaorang kata radio jaminannya sekali dengan body kereta,alhamdulilah nasib baik dalam gerenti lagi,kalau tak gerenti la duit aku pun nak melayang sekali,perodua terpaksa hantar kat vendor(KL),kat sini diaorg tak boleh buat.........kena tunggu 2 minggu lagi,sejak aku pregnant ni,aku tak kisah sgt nak dgr radio ni,jadi macam rimas tapi suami aku kalau dia drive sorang2 selagi tak bergegar sound kereta mmg tak sah,jadi skrg ni dia la yg terpaksa jadi radio untuk diri sendiri...............hehehehehe....2 minggu tak lama kan....?