Monday, May 27, 2013

cuti...cuti...cuti...

23 mei 2013 aku mintak balik dr ofis pukul 3pm sbb aku nak balik pahang, memandangkan public holiday pada hari esoknya, aku target jalan mesti jem punya, alhamdulilah kat PLUS tak de masalah tapi kat highway karak banyak kereta tp still blh jalan wlpn perlahan, dari batu gajah pukul 5.00pm dan sampai pahang pukul 9.30pm, tu pun sbb aku ikut jalan dalam sbb LPT utk susur masuk ke lanchang ditutup buat sementara waktu, hari jumaat pagi2 lagi aku ke temerloh (perkara wajib klu balik pahang)....
paling penting aku nak gunting rambut sebenarnya, wlpn aku dah bermastautin kat batu gajah dah hampir sepuluh tahun tp time aku nak gunting rambut mesti aku gunting kat temerloh sbb aku suka dan selesa dgn aunty tu, wlpn dah tua tapi dia cekap
hari sabtu pg2 lagi aku dah bertolak ke kuantan, hantar sepupu aku kawin kat sungai isap
kat kuantan aku tak de sgt nak ambil gambar sbb terlalu panas dan aku pun x de mood nak ambik gambar 
sarapan kat hentian gambang

adam tengah menjamu selera mee sup

balik dari kuantan mak cik aku ajak singah kat org jual kayu potong sayur dan ikan
semua gerai2 ni orang asli yang jual, aku tak turun sbb adam tido time ni

TUDM kuantan

hari ahad en.hubby ajak pegi jalan2 ke kuala gandah, tak plan pun nak pegi sini, siap2 pukul 12.30pm aku pergi...bukan jauh sgt pun hanya 10km dari rumah
jalan ke kuala gandah 







masuk sini kena daftar dulu...free je pun tapi dapat stiker
klu nak naik atau mandikan gajah stiker dia warna lain
stiker warna merah ni dapat bagi makan gajah je
parking kereta yg selesa

beli tebu dan kacang untuk bagi gajah makan
setiap satu makanan rm3

time ni tk berapa ramai lagi org




gajah ni memilih sikit
nampak tebu dah tak nak kacang


adam berangan je nak bagi tebu tapi menjerit2 takut









kawasan persekitaran






pukul 4pm aku bertolak balik ke batu gajah, itupun kira cepat la, klu tak aku balik pukul 6 lebih
berangan nak sampai cepat tapi 5 km sebelum tol karak trafik dah tak bergerak...huhuhu

5 km sebelum tol bentong pun tak begerak jugak dan elok je lepas palang tol bentong lagi la teruk

pukul 9.30pm baru sampai, klu tak jem ni dalam pkl 7.30pm dah blh sampai dah
lepas genting sempah baru boleh bernafas lega



Thursday, May 2, 2013

Majlis APC kerajaan negeri perak

hari selasa ada org offer sape2 yang nak pegi dewan bankuet, sama2 meraikan deme2 yg dapat APC pada hari ini,
sekali sekala tak salah join majlis2 macam ni, walaupun kami anggota federal tapi still bekerja di bawah kerajaan negeri perak

macam2 menu ada

YAB dato' Zambry berucap dan menyampaikan anugerah

terhibur dengan nyanyian selendang perak

penyanyi selendang perak. muka mcm shah jaszel