Thursday, October 9, 2008

cerita2 pasal raya

raya pertama.....
tahun ni giliran aku beraya kat rumah mak mentua aku,kesian mak aku kat pahang,semua adik2 aku tak balik raya,adik aku yang kedua beraya kat rumah mak mentuanya kat kuala penyu,sabah...adik aku yang bongsu pulak kena kerja,maklum la kerja kat hotel,nak tak nak kena kerja,aku pun suruh mak n abah aku balik rumah wan aku kat sg.kemahal,tak de la diaorg sunyi sgt,malam raya tu aku dah standby awal2 untuk pagi esok,niat aku nak g sembahyang raya tapi syafiq pulak nak ikut,suruh dia tinggal dgn mak mah dia,dia tak nak,sabar je la,nak buat mcmna...lps smbhyg kitaorg adakan sessi fotografi,dekat satu jam jugak la,pastu baru la kitaorg salam bersalamn,dah habis aktiviti kat rumah,kitaorg raya kat rumah jiran2 aku,lepas zohor aku n family g raya kat ipoh-taman maju rapat rumah mak sedara suami aku,malam baru balik....
raya kedua.....
pagi2 lagi aku bangun buat sarapan pagi,aku buat cekodok cicah dgn sambal sardin,best giler,dalam pukul 9.00am kitaorg siap2 nak beraya kat Parit rumah sedara belah mak mentua aku,tghari baru balik sbb ptgnya ramai sepupu suami aku nak datang sampai la tghmalam baru pintu pagar rumah aku boleh tutup,aku pulak bz packing barang2 aku sbb esoknya aku nak balik pahang...
raya ketiga....
untuk sarapan pagi aku goreng bihun,dalam pukul 10.00am aku bertolak balik pahang,singgah rumah leha kat tanjung malim,relaks2 jap...pastu aku singgah kat batangkali untuk makan tghari,sampai kat pahang aku terus ke rumah mak ani aku,lepak smpai pukul 6.30pm,lagipun mak aku bukannya ada kat rumah,aku cuma nak tido je kat rumah sblm aku berangkat ke rumah wan aku kat sg kemahal...
raya keempat....
pukul 9.00am aku begerak menuju ke rumah mak sedara aku kat felda lakum,dia suruh aku makan tghari kat rumah dia,tapi aku tak boleh tg lama2 sgt sbb byk lagi rmah aku nak singgah sepanjang hari ni,lepas di jamu laksa,dalam pukul 11.00am aku menuju ke destinasi seterusnya di Bera-felda rentam,rumah mak ndak aku....lepas makan tghari aku menuju ke destinasi seterusnya ke rumah kawan aku yang dah lama aku tak jumpa,ada la dalam 10 tahun kut...sampai kat depan rumah dia,aku tgk pintu terbukak sikit,aku cuba nak call,blm sempat nak call,ayah dia dah bg salam dulu kat suami aku,dia bgtau yang kwn aku ni dah pegi piknik dgn suma2 family kat ulu bendul,pas ni tak tau la bila lagi aku nak jumpa dgn ko rahezan ank pak cik jamal ni,alang2 dah sampai kawasan gugusan mendi ni aku pun ajak suami aku tgk sekolah masa aku form 4 & 5-Sek.Men.Keb.Bukit Mendi,dari jauh,aku nampak kelas aku masa aku form 5-Kelas 5 Sains...rindu giler masa zaman sekolah dulu..dalam pukul 6.30pm baru aku sampai rumah wan aku.
esoknya aku balik semula kerumah aku kat Felda Bukit Damar...6hb okt baru balik ipoh,penatnya...8hb okt aku dah start keje,malas betul...10hb okt ada rumah terbuka untuk warga PTG,hari sabtu rumah terbuka kawan suami aku,hari ahad aku pulak yang buat rumah terbuka,sape2 yang baca blog ni jemput la datang ke rumah aku kat RPT jalan bemban batu gajah dari pukul 3.00pm hingga pukul 7.00pm...jemput datang ye

2 comments:

  1. ampun yer kak zue... lupe nak msg org g piknik. ader rezeki kiter jumpa yer... ingat mlm tue nak g kemahal, tapi pak sedara dari johor plak sampai. kene siap2kan makanan malam tuk dowang plak. ampun sesangat....

    ReplyDelete