Friday, November 28, 2008

hari terakhir

ni la hari yang paling seronok sekali,hari jumaat sbb esok dah cuti 2 hari,tapi 2 hari cuti tu macam 2 jam je duduk kat rumah,pejam celik..pejam..pejam..celik dah hr isnin balik,lagi satu yang paling best sekali tentang hari jumaat ni ialah dapat rehat yang panjang,bayangkan la dari pukul 12.15pm sampai la pkl 2.45pm,lamanya....macam2 blh buat,tidoooooo....gi shopping kat GREENTOWN MALL,IPOH PARADE,JUSCO,TESCO...............dan macam2 lagi la,memandangkan baru dapat gaji,awal2 lagi aku dah planning nak pegi jalan2,sebelum suami aku bukak mulut dia yang dia nak pegi memancing atau menjala ikan baik aku cakap dulu apa yang dah terkandung dalam kepala otak aku ni...hehehhehehe,hari sabtu pagi tu memang tak boleh nak kemana2 la sbb kawan suami aku punya adik kawin kat Parit,nasib baik la Che mat buat kat Dewan Majlis Daerah Perak Tengah,kalau tak aku malas nak pegi sbb dia duduk kat setinggan org2 kampar,uuuuiiiiiii tinggi betul rumah dia,nak makan pun tak selesa takut jatuh kat bawah bukit,sbb rumah dia betul2 kat tepi bukit....seram beb,mungkin ptg aku nak ajak suami aku pegi agrofest08 kat sungai siput,kalau tak hujan la....,mula2 dia tak nak,macam2 alasan dia bagi kat aku tak de parking la,sesak la,ramai orang la...bab2 ni la yang selalu buat aku gaduh dgn dia,kalau bab2 kawan dia hujan ribut pun sanggup dia redah.....eeee kadang2 tu merajuk je la senjata aku,selagi aku tak merajuk selagi tu la dia buat tengin je....apa maksud perkataan ni pun aku tak tau,main sebut je,kalau hujan petang sabtu,nampaknye hari ahad la aku baru pegi....emmmm nak buat camne sabar je la

No comments:

Post a Comment