Wednesday, December 3, 2008

Tanda-tanda Lelaki Merajuk? .....tapi.......

tapi kalau aku merajuk benda2 ni semua la yang aku selalu buat kat laki aku,maknanye bukan tanda-tanda lelaki merajuk je,pompuan pun same,aku saje je nk tunjuk perasaan sakit hati kat laki aku........hehehehe,kalau korang semua nak ikut boleh tapi pastu jangan lupa mintak maaf balik erkk....macam aku aaaaaa nanti tak masuk syurga beb...

a) Diam Seribu Bahasa
* Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan / dia anggukkan kepalanya je. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ni. Jika benda ni berlaku sah lah tu dia merajuk dengan kita.


b) Buat Tak Tahu
* Dia akan buat tak tau denagn kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je.Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab ia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

c) Menolak Untuk Makan Bersama
* Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu,saya kenyang lagi la..lagipun,saya dah makan denagn kawan saya tadi"

d) Masam Muka
* Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je!

e) Baca Surat Khabar
* Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

f) Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
* Dia akan tengok tv tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di tv tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

g) Keluar Rumah Tanpa Beritahu
* Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnye. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana conferm dia akan buat dek je!

h) Matikan Telefon Bimbit
* Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita menggangu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa,bila dah rindu call jugak last-lastnya

No comments:

Post a Comment