Thursday, April 30, 2009

celebrate

sabtu lepas family aku buat la sikit celebrate untuk mereka2 yang lahir bulan april,aku dan mak mentua aku lahir pada tarikh yang sama(23 april),adik2 ipar aku tiga orang lahir pada bulan april jugak,jadi bila bulan april ni memang selalu la buat makan2 skt walaupun tak besar mana,kebetulan ada yang nak sponsor kek,walaupun tak seberapa kira ok la tu......

kek yang di sponsor

antara menu yang terhidang ialah nasi impit,makaroni bakar,ayam goreng,kentang goreng,chicken ball and nudgets.....ooo tak lupa jugak air sirap ais


adik ipar aku dan bakal tunangnya merangkap yang sponsor kek hari tu,dua orang ni tak lahir dalam bulan april pun tapi saja2 suka interframe

salah seorang adik ipar aku yang sangat2 suka bergambar

aku,mak mentua aku dan adik ipar aku yang bongsu

antara tetamu yang memeriahkan lagi petang sabtu tu

mak mentua aku

aku and buah hati aku,masa tu syafiq dipaksa bergambar,muka tak de mood sbb syafiq demam,kalau tak selalunya dia la yang paling suka potong kek,tak kira hari lahir sape

Friday, April 24, 2009

happy birthday to my friend......norazlina @ shemmi

zwani.com myspace graphic comments
untuk member aku yang sorang ni,semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki,bila nak jumpa pun aku tak tau la bila? lama benor rasanya aku tak jumpa denganmu ina,lepas aku tukar sek masa form 4 dulu sampai la skrg tak pernah jumpa lagi,rasa2 ada la dalam 14 tahun kita tak jumpa kan,uiii lama gila tu....pe2 pun aku sentiasa doakan kebahagian kawan aku ni,tapi aku nak jugak tanya soalan bonus ni.....bila nak makan nasik minyak ni,teringin nak pegi Pekan.

Thursday, April 23, 2009

my birthday........

zwani.com myspace graphic comments
happy birthday to me.....happy birhtday to me.....happy birthday to me
aku doakan untuk diri aku sendiri semoga berbahagia di dunia dan akhirat

Tuesday, April 21, 2009

fikir lah....

jom kita nyanyi lagu ni nak tak.....ok 1...2...3 mula

Benarkah salahku
lepaskan kamu
Kau duga egoku
fahami diriku begini
Tiada yang sama
Yang pasti kita semua bebeza
Kau fikirlah
********************************************
Tiada guna cipta sebuah cerita
Kalau kisah kita sementara
Rasa hati dan langkahmu
Membuat aku keliru
*******************************************
Tiada guna kita menderita
Sungguh semua tidur pun tak lena
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu
*******************************************
Kita pernah satu, aku dan kamu
Dulu itu dulu, masih di dalam ingatanku
Kini berbeza
Namun masih ku harap kau bersedia
Oo mungkinkah, kau temu bahagia
*******************************************
Lepaskan semua mimpimu
Tangis dan juga sayumu
Kau fikirlah
*******************************************
Tiada guna cipta sebuah cerita
Kalau kisah kita sementara
Rasa hati dan langkahmu
Membuat ku keliru
*******************************************
Tiada guna kita menderita
Sungguh semua tidur pun tak lena
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu
Sungguh semua tidur pun tak lena
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu
Aku keliru Aku keliru

Thursday, April 16, 2009

pagi yang lecehhhh.....

pagi2 lagi dah kena naik ke dewan sbb ada perhimpunan pagi lepas tu ada mesyuarat agong kesdar,bosan la.....kalau tak pegi kang kena ambik nama pulak,dgn hati yang tak berapa ikhlas aku memaksa diri untuk pegi......nasib baik pagi2 lagi aku dah melantak,majlis habis pukul 10.00am,sampai perut aku dah lapar untuk kali keduanya,nasib baik ada jamuan ringan lepas perhimpunan,bihun goreng.....sedap jugakkkkk


sape2 yang datang,dah sign kat urus setia dapat la cenderahati yang tak seberapa ni,kira ok la,walaupun tak mahal tapi logo kat mug ni dapat jugak dibuat kenang2an,maklum la kontrak pun tak tau lama mana lagi,sebelum mesyuarat dimulakan kelab ada la bagi kad untuk sape2 yang lahir dalam bulan april termasuk la aku yang akan tiba pada 23 april ni....




Wednesday, April 15, 2009

kenangan terindah.....

aku tak tau kenapa hari ni aku malas sangat nak buat keje,tu la padahnya kalau dah bercuti lama sangat,bukan apa banyak sgt halnya....terpaksa la aku bercuti,hari sabtu tu aku balik pahang,pukul 2.30pm baru aku bertolak ke pahang,suami aku sibuk sgt pegi memancing,geram betul....dekat2 pukul 6.00pm baru sampai kat rumah aku,wan n atuk aku baru sampai dari kampung,aku baru je berniat nak balik sana sebab aku nak gi kenduri rumah member aku,nampak gayanye tak de rezeki aku nak jumpa member aku tu,mungkin kalau ada rezeki aku keje kat pahang nanti,boleh la aku jumpa kawan2 aku yang dah lama aku tak jumpa,korang doa2kan la mungkin kali ni rezeki aku dapat keje dengan kerajaan negeri pulak,dah lama kau teringin nak berkhidmat dgn bumi tempat kelahiran aku ni,lepas je spm aku dah merantau ke negeri lain.Hari Ahad pulak aku ajak mak n ayah aku pegi pekan sehari temerloh,ni la kalau aku balik pahang salah satu tempat yang wajib aku pegi,nak cari apa lagi kalau bukan ikan patin n ikan talapia.....aku dah rasa banyak tempat dah tapi kat temerloh jugak rasa ikan yang paling sedap,aku nak suruh mak aku masak ikan patin masak asam letak belimbing,pas tu ikan talapia goreng buat cicah dgn budu.....fu yooo mmg tak ingat kiri kanan la klu dah kena lauk mcm ni,sebelum balik aku lepak dulu kat jeti tepi sungai pahang,teringat masa aku sekolah kat SMA al-wosto dulu,masa tu mana ada jeti ni lagi....penat aku panjat tebing sungai nak ke atas,dari seberang sana ke sini tambang bot penambang rm0.30 je,skrg ni dah naik sampai rm1.50,cepat betul zaman dah berubah

permandangan dari atas jeti

ni la bot yang aku naik kalau aku nak ke bandar temerloh

ni pulak jambatan kalau kita nak ke kuantan,dulu2 la tapi sekarang ni dah ada highway,orang dah malas nak ikut jalan kampung

hari isnin aku ajak mak aku gi shopping kat temerloh,lepas jalan2 aku pekena nasi ayam pulak,nasik ayam ni mmg tak sama dgn mana2 tempat,aku dah try byk tmpat dah,sebelum balik mak aku tapau kan ayah aku gulai perut sbb ayah aku tak pegi,balik rumah konon2nya nak studi sikit,bila dah letak kepala atas bantal....mmmm faham2 je la ntah kemana peginya,tido leee,malam tu aku jeling2 jugak nota yang aku buat,takut sok langsung tak dapat jawab,esoknya seawal pukul 6.30am aku dah blah dah sbb aku takut syafiq ikut,ssh aku kalau si kecik tu ikut nanti banyak sgt halnya,alhamdulilah semuanya berjalan lancar,tapi aku tak rasa sgt aku dapat,maklum la aku hanya bersandarkan spm dlm mata pelajaran mate dan pengalaman keje yang agak lama,yang datang tu semuanya muda2 lagi dan ada diploma....hehehe segan pun ada,nasib baik la diaorg2 ni tak sombong.....terlebih peramah pulak,pukul 9.15am aku dah settle semuanya,balik singgah pekan sehari selasa jap,borong buah mangga.......,beli siput n sayur2 sikit,balik rumah mak aku masakkan gulai siput masak lemak,dalam pukul 2.30pm aku bertolak balik ke ipoh sbb esoknya aku nak keje n syafiq pun dah ponteng sekolah 2 hari,penatnya sampai hari ni,tu belum tgk keadaan bilik lagi...tongkang pecah pun lawa lagi dari bilik aku.

Monday, April 6, 2009

3 bulan berlalu......

alhamdulilah......diam-diam dah 3 bulan aku pregnant,bukan aku tak nak tulis kat blog pasal semua ni,mula2 dulu aku tak confirm lagi,lepas aku dah buat medical chek up baru aku boleh bagitau semua orang,tapi aku pastikan family aku yang tau dulu sebelum aku bagitau semua orang terutama mak ayah aku dan mak mentua aku,kali ni harapan aku mmg nak kan baby girl,semoga doa aku ni dmakbulkan,tapi kalau dapat baby boy pun aku terima jugak,janji baby aku sihat dan aku selamat bersalin,insya'allah kalau tak de aral due date aku pada 19 okt 2009......setakat hari ni alhamdulilah,aku tak de la alah sangat,pening sikit2 tu ada la,cuma sekarang ni aku banyak demam sebelah malam,hampir setiap hari.......mungkin keadaan yang terlalu letih,tapi kadang2 tu dari pagi sampai petang aku relaks pun malam2 demam jugak,bab2 makan pulak aku tak de la mengidam apa2 sgt,apa yang terlintas kat fikiran time2 tu jugak la aku nak masak benda2 tu semua,yang penting mesti pedas2,kadang2 tu baru je aku sebut....tgk mak mentua aku dah masak kan,macam hari sabtu baru2 ni la....aku saje2 cakap"bestnya la kalau dapat makan ikan masak lemak dengan belimbing"...bila aku jenguk kat dapur tgk mak mentua aku tgh masak apa yang aku cakap tadi....emmm bestnyeeee