Wednesday, April 15, 2009

kenangan terindah.....

aku tak tau kenapa hari ni aku malas sangat nak buat keje,tu la padahnya kalau dah bercuti lama sangat,bukan apa banyak sgt halnya....terpaksa la aku bercuti,hari sabtu tu aku balik pahang,pukul 2.30pm baru aku bertolak ke pahang,suami aku sibuk sgt pegi memancing,geram betul....dekat2 pukul 6.00pm baru sampai kat rumah aku,wan n atuk aku baru sampai dari kampung,aku baru je berniat nak balik sana sebab aku nak gi kenduri rumah member aku,nampak gayanye tak de rezeki aku nak jumpa member aku tu,mungkin kalau ada rezeki aku keje kat pahang nanti,boleh la aku jumpa kawan2 aku yang dah lama aku tak jumpa,korang doa2kan la mungkin kali ni rezeki aku dapat keje dengan kerajaan negeri pulak,dah lama kau teringin nak berkhidmat dgn bumi tempat kelahiran aku ni,lepas je spm aku dah merantau ke negeri lain.Hari Ahad pulak aku ajak mak n ayah aku pegi pekan sehari temerloh,ni la kalau aku balik pahang salah satu tempat yang wajib aku pegi,nak cari apa lagi kalau bukan ikan patin n ikan talapia.....aku dah rasa banyak tempat dah tapi kat temerloh jugak rasa ikan yang paling sedap,aku nak suruh mak aku masak ikan patin masak asam letak belimbing,pas tu ikan talapia goreng buat cicah dgn budu.....fu yooo mmg tak ingat kiri kanan la klu dah kena lauk mcm ni,sebelum balik aku lepak dulu kat jeti tepi sungai pahang,teringat masa aku sekolah kat SMA al-wosto dulu,masa tu mana ada jeti ni lagi....penat aku panjat tebing sungai nak ke atas,dari seberang sana ke sini tambang bot penambang rm0.30 je,skrg ni dah naik sampai rm1.50,cepat betul zaman dah berubah

permandangan dari atas jeti

ni la bot yang aku naik kalau aku nak ke bandar temerloh

ni pulak jambatan kalau kita nak ke kuantan,dulu2 la tapi sekarang ni dah ada highway,orang dah malas nak ikut jalan kampung

hari isnin aku ajak mak aku gi shopping kat temerloh,lepas jalan2 aku pekena nasi ayam pulak,nasik ayam ni mmg tak sama dgn mana2 tempat,aku dah try byk tmpat dah,sebelum balik mak aku tapau kan ayah aku gulai perut sbb ayah aku tak pegi,balik rumah konon2nya nak studi sikit,bila dah letak kepala atas bantal....mmmm faham2 je la ntah kemana peginya,tido leee,malam tu aku jeling2 jugak nota yang aku buat,takut sok langsung tak dapat jawab,esoknya seawal pukul 6.30am aku dah blah dah sbb aku takut syafiq ikut,ssh aku kalau si kecik tu ikut nanti banyak sgt halnya,alhamdulilah semuanya berjalan lancar,tapi aku tak rasa sgt aku dapat,maklum la aku hanya bersandarkan spm dlm mata pelajaran mate dan pengalaman keje yang agak lama,yang datang tu semuanya muda2 lagi dan ada diploma....hehehe segan pun ada,nasib baik la diaorg2 ni tak sombong.....terlebih peramah pulak,pukul 9.15am aku dah settle semuanya,balik singgah pekan sehari selasa jap,borong buah mangga.......,beli siput n sayur2 sikit,balik rumah mak aku masakkan gulai siput masak lemak,dalam pukul 2.30pm aku bertolak balik ke ipoh sbb esoknya aku nak keje n syafiq pun dah ponteng sekolah 2 hari,penatnya sampai hari ni,tu belum tgk keadaan bilik lagi...tongkang pecah pun lawa lagi dari bilik aku.

No comments:

Post a Comment