hari rabu minggu lepas aku tepon mak aku kat kampung,dia cakap durian yang kat belakang rumah aku tu dah gugur,mula2 mmg tak de planning nak balik memandangkan cuti aku pun dah tak berapa nak ada,sbb kitaorg rancang nak balik awal bulan ogos nanti tapi atas desakan hati yang nak sgt makan buah durian sendiri,nak tak nak aku aplly jugak la cuti hari jumaat tu,aku ingat nak balik lepas keje hari jumaat tu,rasa macam rugi pulak balik kampung kejap sgt,dah la jauh.........syafiq pun terpaksa ponteng sekolah sbb pagi2 lagi kitaorg dah bertolak balik kampung,suami aku kalau bab2 balik kampung mmg la dia paling suka,kat sini pun kitaorg duduk kat area2 pekan jadi bila sekali sekala bercuti kat kampung mmg best giler,nak pulak ayah aku baru je masukkan 400 ekor anak ikan dalam kolam kat belakang rumah aku,syafiq pun bukan main lagi,pagi2 lagi dah ajak pegi bagi makan ikan.....aku..???? 2 kali je aku jenguk kat kolam tu sbbnya aku just nak snap gmbr 2 org yg sedang bagi makan ikan tu,bukan apa,time nak pegi mmg la best sbb turun bukit,time nak balik yang tak berapa nak larat sbbnya kena mendaki bukit......
kebetulan hari sabtu tu pulak mak sedara aku buat kenduri naik buai untuk cucu dia merangkap anak sedara aku,kita layan gambar si kecik ni pulak.......
salah satu adat kalau naik buai....pijak tanah dan emas sepatutnya sebelum pijak tanah tu kena naik tangga tebu tapi tak sempat nak buat
No comments:
Post a Comment