Wednesday, December 17, 2008

hati runsing

dalam 2 3 hari ni hati aku runsing bila aku fikir pasal anak aku,thn depan aku nak masukkan dia sekolah tapi sampai sekarang aku tak cari lagi sekolah mana yang aku nak hantar,aku dah bagitau mak aku nak hantar dia sekolah kat pahang,mak aku tak de masalah,yang menjadi masalah sekarang macamana aku nak mulakan cakap benda2 ni dgn mak mentua aku,rasa macam tak keluar bila berdepan dgn orang tua tu,maklum la dari hari pertama syafiq dilahirkan sampai la umur dia yang dah nak masuk 5 tahun ni,mak mentua aku yang jaga dia............ntah la,rasa macam tak boleh nak fikir dah,aku mintak suami aku tolong cakap dgn mak dia pasal benda ni semua,syafiq pun satu hal,dia tak nak pulak duduk dgn mak aku kat pahang tu,tapi kalau mak mentua aku setuju syafiq sekolah kat pahang aku dan suami aku dah rancang mcmana aku nak tinggalkan dia,nak tak nak aku terpaksa jugak korbankan perasaan aku,banyak benda yang aku terpaksa fikirkan,mak mentua and ayah mentua aku bukannye sihat sangat sekarang ni,selalu keluar masuk hospital,berbanding dgn mak and ayah aku yang kat pahang diaorg ni still kuat maklum la diaorg ni kan selalu buat keje2 berat masa muda2 dulu.....susah betul hati ni skrg

No comments:

Post a Comment