Friday, November 28, 2008

hari terakhir

ni la hari yang paling seronok sekali,hari jumaat sbb esok dah cuti 2 hari,tapi 2 hari cuti tu macam 2 jam je duduk kat rumah,pejam celik..pejam..pejam..celik dah hr isnin balik,lagi satu yang paling best sekali tentang hari jumaat ni ialah dapat rehat yang panjang,bayangkan la dari pukul 12.15pm sampai la pkl 2.45pm,lamanya....macam2 blh buat,tidoooooo....gi shopping kat GREENTOWN MALL,IPOH PARADE,JUSCO,TESCO...............dan macam2 lagi la,memandangkan baru dapat gaji,awal2 lagi aku dah planning nak pegi jalan2,sebelum suami aku bukak mulut dia yang dia nak pegi memancing atau menjala ikan baik aku cakap dulu apa yang dah terkandung dalam kepala otak aku ni...hehehhehehe,hari sabtu pagi tu memang tak boleh nak kemana2 la sbb kawan suami aku punya adik kawin kat Parit,nasib baik la Che mat buat kat Dewan Majlis Daerah Perak Tengah,kalau tak aku malas nak pegi sbb dia duduk kat setinggan org2 kampar,uuuuiiiiiii tinggi betul rumah dia,nak makan pun tak selesa takut jatuh kat bawah bukit,sbb rumah dia betul2 kat tepi bukit....seram beb,mungkin ptg aku nak ajak suami aku pegi agrofest08 kat sungai siput,kalau tak hujan la....,mula2 dia tak nak,macam2 alasan dia bagi kat aku tak de parking la,sesak la,ramai orang la...bab2 ni la yang selalu buat aku gaduh dgn dia,kalau bab2 kawan dia hujan ribut pun sanggup dia redah.....eeee kadang2 tu merajuk je la senjata aku,selagi aku tak merajuk selagi tu la dia buat tengin je....apa maksud perkataan ni pun aku tak tau,main sebut je,kalau hujan petang sabtu,nampaknye hari ahad la aku baru pegi....emmmm nak buat camne sabar je la

Thursday, November 27, 2008

ini ke yang selalu perempuan fikirkan...? ye kut

1)setiap kali dia call tapi panggilannya terputus, dia mungkin tidak akan menghubungi kamu kembali.tetapi percayalah,sebenarnya dia masih berada disisi telefon Dan mngharapkan kamu menghubunginya semula sbg bukti kamu belum puas mendengar suaranya..

2)sekiranya dia memberitahu kamu dia amat rindukan kamu, itu bermakna dia amat mengharapkan kamu berada disisinya kala itu..

3)dia mungkin akan berkata 'tidak' setiap kali kamu mempelawa utk membelikan hadiah untuknya.tapi jauh disudut hati,dia amat berharap hadiah itu menjadi miliknya..

4)setiap kali dia merajuk,sebenarnya dia hanya mengharapkan kamu bersungguh-sungguh memujuknya..

5)perempuan biasanya ingin selalu diberi perhatian..

6)jangan sesekali melebihkan kawan kamu daripada dirinya!

7)dia akan cepat berkecil hati sekiranya kamu asyik mempersoalkan fizikalnya.jangan sesekali membuat dia berasa begitu rendah diri apabila berada disisi kamu!

8)dia mungkin mempunyai ramai lelaki lain dalam hidupnya.dan dia mungkin akan selalu membandingkan kamu dgn mereka.tetapi percayalah,cintanya tak pernah berubah terhadap kamu.dia hanya mahu kamu mengubah sikap buruk kamu kerana sayangkan kamu. namun begitu,itu bukanlah alasan untuk kamu mengambil mudah pada hubungan kamu dgn dia.

9)sikap ambil beratnya kadang2 merimaskan kamu.percayalah, sekiranya seorang perempuan itu tidak mengambil berat ttg dirimu, dia sebenarnya langsung tidak mempunyai perasaan terhadap kamu!

10)perempuan lebih suka memikirkan masa depan.oleh itu,kamu harus paham sekiranya dia begitu memilih dan cerewet dalam segala segi.

11)sekiranya seorang menitiskan air mata kerana kamu,itu bermakna kamu telah benar2 mengguris hatinya!

12)seorang perempuan mungkin susah menitiskan air mata dihadapan kamu,ini kerana dia tidak mahu kamu tahu betapa hatinya terluka dengan perbuatan kamu..

13)perempuan paling benci pada janji yg tak ditepati!kalau tidak pasti, tak perlulah memberi pengharapan kepada mereka.

14)pada hari2 tertentu,dia mungkin akan selalu teringatkan kamu. tambahan lagi di saat2 dia melihat pasangan lain keluar bersama ketika kamu tiada disisinya!

15)jangan sesekali membiarkan dia dlm masa yg lama.dia mungkin akan berasa tidak diperlukan lagi dalam hidupmu..

Wednesday, November 26, 2008

info menarik....

info ni aku dapat dari www.myadha.blogspot.com

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!!Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

8. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkanberus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tapa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci jugamencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

27. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri. He!! He!! He!!

mc

balik keje hari isnin aku terus bawak syafiq pegi klinik,demam dah ok tapi dia ada mengadu sakit perut,mak mentua aku risau,dia suruh aku bawak syafiq jumpa doktor sbb dari pagi tak mau makan,nak bangun pun dia tak larat,aku bawak pegi klinik teoh kat pekan batu gajah,doktor kata tak de apa2 cuma dia ada bagi ubat je,alang2 dah jumpa doktor,aku pun mintak mc satu hari,aku cuma nak pastikan syafiq sihat sepenuhnye sebelum aku mulakan keje aku semula,alhamdulilah sehari aku melayan kerenah dia yang tak nak makan ubat,nampak gayanye dah sihat,satu je perangai syafiq ni selagi aku tak ambik cuti utk berkepit dgn dia selagi tu la demam dia tak berapa nak kebah,untuk bagi dia makan ubat aku terpaksa mintak tolong suami aku pegang kaki dan tangan dan paksa dia makan ubat....hehehehe,dah terpaksakan nak buat cam ne,kadang2 tu tak sampai hati,tapi memikirkan nak bagi elok perkara ni terpaksa jugak aku lakukan,sebelum pegi keje pagi tadi,aku tgk dia dah ok,lagipun esok ayah dan mak mentua aku nak bawak dia pegi MRSM merbok,Sg.Petani,Kedah ambik adik ipar aku yang baru habis periksa SPM.............

memori tercipta (OST puteri salju)

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Monday, November 24, 2008

syafiq demam

start hari jumaat tu badan syafiq dah mula rasa panas,aku ingat benda ni suma tak berpanjangan,sblm aku pegi keje aku dah pastikan yang aku dah bagi syafiq makan ubat,tghari mak mentua aku tepon bagi tau demam syafiq makin kuat,mengenangkan hari jumaat jadi teruskan jugak keje aku sampai pukul 5.00pm,balik keje aku rasa badan syafiq makin panas,aku basahkan kepala syafiq dengan air,panas masih tak turun2,pukul 1.40am aku kejut mak mentua aku nak tanya pendapat dia samaada nak hantar syafiq ke hospital ke tak,mak mentua aku suruh je aku bawak pegi hospital,pukul 2.00am aku ke bahagian emengency hospital batu gajah,lepas makan ubat depan doktor terus panas badan syafiq turun,lega rasanye....sepanjang hari sabtu tu aku tak kemana2,kemas2 rumah pas tu tido,badan pun tak larat sbb tak cukup tido,hari ahad pun aku tak kemana2,aku pulak yang rasa nak demam,penat....sepanjang malam tak berapa lena nak tido,sbb setiap jam syafiq terjaga.
hari ni berat jugak aku nak pegi keje,tapi disebabkan ada meeting dengan pengarah JKPTG yang baru jadi aku gagahkan jugak kaki aku ni pegi,dalam pukul 1.00pm tadi mak mentua ku tepon lagi bagitau syafiq tak ok lagi,dia cakap sakit perut,kalau sakit lagi aku mintak mak mentua aku tepon balik,kalau teruk aku nak mintak pelepasan dari pegawai aku nak balik awal sbb aku nak bawak syafiq pegi klinik,tgk la keadaan syafiq macamana,dan kemungkinan besar esok aku tak pegi keje samaada aku cuti kecemasan atau aku mc..................

Thursday, November 20, 2008

bosan ke...?

mari kawan2 kita menari dulu........

MyHotComments.com
MyHotComments

Wednesday, November 19, 2008

sesejuk perut ibu mengandung

betul la kata org bila kita dah ada anak baru kita tau apa sbnrnye perkataan ni....perasaan yang tak dapat nak gambarkan...setiap kali aku balik keje,baru nak masuk pintu rumah,syafiq dah nak mcm2,nak mandi la,nak makan la,dan macam lagi....terlalu penat,kadang2 tu aku bengang,kadng2 tu layan jugak....setiap hari klu tak kena marah dengan semua org tak sah sbbnye mulut tak berhenti berckp kecuali dia tidur kadang2 tu dalam tido pun bole bercakap lagi,mengigau.....kalau aku marah langsung tak makan saman,dia jawab cakap aku "ibu tu pot...pet...pot...pet",
setiap kali kluar pegi beli barang,bajet untuk dia sorang je dekat2 rm10,dengan dendangnye la,tora,jojo,chipsmore,biskut tiger,dan ntah apa2 lagi....pernah ada satu hari hari mulut dia pecah2 kena ulser,sampai tak boleh nak makan apa2,aku cakap apa kat dia "haaa...makan la lagi tora,dendang,jojo,tau tak benda2 tu la yang buat mulut syafiq sakit" " ye ke ibu?"......"iye..."..ooo nanti syafiq tak nak beli dah,tapi keta mainan boleh belikan ibu..?" tak tau nak jawab apa...geliga betul kepala otak dia,menjawab ckp aku.
malam tadi dia menangis bila aku tak bagi dia makan coco crunch,dah terlalu byk sgt makan,nnt tak boleh nak tido...aku biarkan dia nangis,suruh tido tak nak,dia datang peluk aku pas tu dia ckap "ibu syafiq sayang ibu" ok la aku cakap,tido...dah malam ni" baru nak lelap mata "ibu!syafiq tak salam opah,atuk,abah dgn mak Yang lagi,jom la ibu teman syafiq...","jom la" masa tu la aku tgk sendiri gelagat yang betul2 menyentuh hati aku,baru aku faham mcmana sejuknye hati dan perut aku mengandungkan syafiq,walaupun atuk dgn opah dah tido,dia perlahan2 tarik tangan opah atau atuk dia,salam pas tu cium,jumpa pulak abah salam cium..selamat malam abah,a'kum...dengan mak Yang dia pun sama jugak,sampai kat uncle duan dia(achik)"ibu! uncle tak payah la,nnati uncle marah" aku pun jadi nak gelak,setiap org dalam rumah tu dia dah boleh baca hati dan perasaan diaorg,masuk bilik..."ibu! sayang syafiq ye pas tu ibu cakap la muahhh,selamat malam ibu,a'kum"...ok sayang,hampir setiap malam macam tu la syafiq....

ini la mamat tu...muhammad syafiq(penyayang)haykal(kesuburan,pokok yang besar dan subur)

Tuesday, November 18, 2008

boringnye hari ni.....

boring thread cat Pictures, Images and Photos

Monday, November 17, 2008

puasa

hari ni aku malas nak update blog....mungkin sbb aku pose hari ni,nak tulis byk2 pun tak larat,atau dah bnyk taip surat pagi tadi,tu yang rasa malas dah nak menaip ni...dan hari ini malas dah mengusai diri aku.........penyakit yang tak de penawarnye

hari minggu

hari sabtu
aku tak kemana2,suami aku la sibuk sgt memancing,apa yang aku buat makan tido...tido makan,tak de sgt aktiviti

hari ahad
aku ajak gi tesco,saje jalan2 bawak syafiq,sampai kat tesco,syafiq ajak makan nasi ayam,layan je la...sblm tu aku nak tgk ujibakat raja lawak,tunggu punya tunggu tak start2....emmm syafiq pulak sibuk dah lapar nak makan nasi ayam..lepas beli barang aku terus balik,singgah makan kat jom mamam cafe,pekena laksa...balik rumah rehat sbb malam nak pegi kenduri doa selamat kat rumah bakal besan mak mentua aku...

suka sangat dapat makan nasi ayam...


satu cerita lagi.....

tak tau nak ckp apa dah,ni je la citer yang masih sedap dibaca,harap2 semua ni jadi kenyataan....tapi bila erkkk????? sabar...sabar...sabar...dan terus bersabar

CUEPACS: SERAP PEKERJA BERSTATUS KONTRAK

KOTA KINABALU 14 Nov. - Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan menyerap kira-kira 50,000 pekerja di seluruh negara yang berkhidmat secara kontrak ke jawatan tetap menjelang 2010 .
Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, langkah itu adil dan setimpal bagi membolehkan mereka turut mendapat kemudahan pencen apabila telah menamatkan perkhidmatan.
Beliau berkata, CUEPACS tidak mahu kakitangan kerajaan berstatus kontrak ini terus diamalkan dalam keadaan negara ini sudah pun 50 tahun merdeka dan isu ini akan dikemuka kepada kerajaan untuk dibincangkan.
"Kita juga tidak mahu melihat kakitangan berstatus kontrak ini, ada yang diberhentikan selepas 15 tahun atau lebih berkhidmat dalam sesuatu jawatan ekoran gagal ujian penilaian prestasi.
"Ini kerana satu punca pekerja-pekerja berstatus kontrak tidak memberi perkhidmatan yang terbaik ialah kerana menganggap mereka bukan kakitangan yang sebenar," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi taklimat Perkhidmatan Kakitangan Awam dan Isu Semasa di Auditorium Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dekat sini hari ini.
Katanya, perkhidmatan di sektor awam tidak akan berkesan jika kerja secara kontrak masih diteruskan contohnya dengan menukar pekerja berpengalaman selama 10 tahun dengan kakitangan baru.
Menurutnya, CUEPACS mengambil berat masalah pekerja seperti ini lebih-lebih lagi mereka yang berumur melebihi 40 tahun kerana adalah sukar bagi mereka mendapat pekerjaan di tempat lain.
"Mereka mempunyai banyak tanggungan yang perlu dibayar seperti pinjaman perumahan, kereta, di samping perlu menanggung kos hidup keluarga masing-masing," katanya.
Lebih malang lagi, katanya, ada antara mereka yang sudah berkhidmat selama 20 tahun tetapi tidak mendapat kemudahan bukan sahaja pencen tetapi perubatan, sagu hati dan sebagainya.
"Di Jabatan Kemajuan Masyarakat sahaja ada 14,000 kakitangan bertaraf kontrak, manakala di Sarawak ada 4,000 pekerja kontrak yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun tetapi masih belum diserap ke jawatan tetap,'' katanya.
Beliau berkata, ada kakitangan bukan sahaja terdiri daripada mereka yang berjawatan rendah tetapi ada juga yang memegang jawatan bertaraf pegawai kanan sesuatu jabatan.

Thursday, November 13, 2008

emmmmm........

boring betul hari ni...aku rasa tu je perasaan yg aku yang ada pd hr ni,tetiba je...aku rasa mcm nak mintak tukar kat batu gajah,dekat sikit dgn rumah aku...dah lama aku keje kat PTG ni...mungkin semua org pun bosan kut...perasaan aku la tu,sampai bila aku nak keje sebagai staff kontrak pun aku tak tau,tak de rezeki lagi,sedihnya....andai kata semua ni berakhir tahun ni,aku terima takdir aku dan aku akan meninggalkan bumi perak ni utk aku menetap di bumi pahang pulak...huhuhu
aku pun mmg terlalu rindukan tmpt kelahiran aku tu...maklum la lepas tahun 1997 aku dah merantau ke nilai negeri sembilan dan seterusnya cuba untuk menjadi warga perak,tapi....................waaaaa
tensennnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn hari ni

NOOO!
Graphics & Myspace layouts



bahagia punca gemuk

hee hee heee fakta ke auta ni...baca la kawan2..

Bahagia Punca Gemuk
Satu kajian terbaru menyatakan kesukaran wanita terutama golongan isteri mengawal berat badan dan mengelak gemuk bukan disebabkan amalan pemakanan atau kurang senaman, sebaliknya berpunca daripada rasa bahagia dan selesa disamping pasangan.

Pakar pemakanan dan saintis berkata, hasil kajian mendapati turun naik berat badan seseorang wanita bergantung kepada sejauh mana kegembiraan dan kebahagiaan yang dinikmatinya.

'Pada peringkat awal hubungan, wanita biasanya melakukan amalan pemakanan ketat demi menjaga penampilan dan ketika ini berat badan turun secara purata 2.2 kilogram sebulan.'"

"Bagaimanapun, keadaan berubah apabila wanita mula berasa selesa dengan pasangannya. Rancangan perkahwinan yang menjadikan wanita gembira akan menyebabkan berat badan bertambah, sebelum berkurangan semula selepas bayi dilahirkan," kata seorang daripada penyelidik.

Sebuah firma pengurusan berat badan yang turut membuat kajian ke atas 3,000 wanita berkata 'kaum hawa' menghadapi lima tahap turun naik berat badan dalam hidup mereka dan ia berbeza antara satu sama lain.

"Emosi wanita mempunyai kesan yang amat besar terhadap kesihatan dan berat badan," kata Jane McCadden dari firma berkenaan yang dipetik sebuah akhbar tempatan.

Beliau berkata, tempoh hayat seseorang wanita menyaksikan berat badan mereka turun naik mengikut fasa baru dalam kehidupan, percintaan dan status keluarga.

"Kajian kami juga berjaya menjelaskan betapa sukarnya untuk wanita mengekalkan berat badan sepanjang hayat mereka. Walaupun ada masanya mereka berjaya mengurangkannya, tabiat pemakanan yang buruk akan berulang dan mereka kembali berdepan masalah itu," katanya.

Beliau berkata, kajian menunjukkan bahawa separuh daripada responden bersetuju bahawa berat badan mereka bergantung kepada sejauh mana kegembiraan yang dialami.

Wednesday, November 12, 2008

happy belated birthday shahrul nor

dah jarang bukak friendster,sbb tu tak ingat birthday kawan......sori erkkk,lagi satu kita copy gambar ni dari nor punye friendster....hee heee

Monday, November 10, 2008

terima kasih kawan

More FRIENDSHIP graphics
untuk kawan yang baru aku kenal thanks banyak2 sebab sudi terjah kat blog aku yang buruk ni,faham2 sendiri la,kalau aku sebut nama dia nanti bini dia belasah aku pulak,yang empunye diri sori erkkk....

Friday, November 7, 2008

More WHATS UP graphics

ntah la......

Get Well Myspace Comments
MyNiceSpace.com
CUEPACS SAMBUT BAIK JAMINAN NAJIB KAKITANGAN KONTRAK TAK DIBERHENTIKAN
KOTA BAHARU, 6 Nov (Bernama) -- Cuepacs menyambut baik jaminan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa lepas bahawa kakitangan kontrak di semua jabatan kerajaan tidak akan diberhentikan.Presidennya Omar Osman berkata langkah itu boleh menjamin masa depan kakitangan terbabit yang sebahagian besar telah lama berkhidmat dengan kerajaan."Kalau mereka dipecat, macam mana dengan anak-anak dan persekolahan anak-anak, ini juga perlu diberi perhatian oleh kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Juruteknologi Makmal anjuran Universiti Sains Malaysia dan Kementerian Kesihatan di sini hari ini.Omar bagaimanapun melahirkan rasa dukacita dengan tindakan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan yang telah memberhentikan perkhidmatan 130 kakitangan seumpama itu tanpa memberi alasan."Kita harap mereka ini diambil balik berkhidmat sebagaimana sebelum ini," katanya.-- BERNAMA

macamana...? setakat ni tak de apa2 pun...senyap je

Thursday, November 6, 2008

Wednesday, November 5, 2008

harapan....?

KERAJAAN TIDAK CADANG HENTI KAKITANGAN KONTRAK
KUALA LUMPUR 4 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan tidak bercadang untuk memberhentikan kakitangan kontrak di dalam perkhidmatan awam seperti yang dilaporkan baru-baru ini.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, kerajaan menyedari bahawa pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan akan membawa kepada penjanaan peluang pekerjaan yang lembap dan juga pengangguran.
Sehubungan itu katanya, kerajaan mengambil beberapa langkah bagi mengatasi masalah tersebut antaranya mewujudkan skim latihan siswazah menganggur dan mempercepatkan pengambilan kakitangan bagi jawatan yang kosong.
''Pada masa ini, kekosongan jawatan kritikal dalam sektor awam adalah 18,000. Kekosongan ini akan diisi secara kontrak, sementara menunggu proses pelantikan secara tetap," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Bajet 2009 bagi Kementerian Kewangan pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Dalam pada itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, lebih 1,300 kakitangan telah dilantik secara kontrak dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) pada tahun ini bagi meningkatkan keupayaannya dalam melaksanakan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman baru-baru ini mendakwa 50,000 kakitangan awam kontrak akan ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang akhir tahun ini berikutan kekangan kewangan kerajaan.
Najib juga berkata, kerajaan melalui syarikat milik kerajaan (GLC) seperti Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad akan melancarkan S"Graduate Employability Management Scheme" (GEMS) yang didasarkan pada skim graduan terdahulu yang telah dilaksanakan oleh syarikat-syarikat GLC dengan jayanya.
''Kerajaan bercadang untuk menyokong dan menyelaraskan usaha-usaha GLC dalam menangani masalah graduan menganggur ini dengan mewujudkan satu program bagi meningkatkan keupayaan dan kemahiran mereka sebelum mereka diserap atau mendapat pekerjaan di syarikat GLC mahupun swasta," katanya.
Sasaran program itu katanya, adalah untuk melatih sehingga 12,000 graduan dalam jangkamasa dua tahun.
''Kerajaan yakin, program ini dapat menyumbang kepada pertumbuhan penggunaan domestik di samping memberi pengalaman yang berharga kepada graduan terlibat," ujarnya.

ni la citer yang aku baru baca.....

Tuesday, November 4, 2008

merisik

akhirnya berseri gak rumah mak mentua aku,mana taknya,adik suami aku yg ke 2 tu dah ada orang datang merisik...minggu lepas ada la upacara sikit,aku ingat setakat nak sarung cincin merisik je,tapi bila pihak lelaki call bawak barang sekali,gelabah gak,mana nak cari barang saat2 akhir mcm ni,nasib baik ada lagi barang2 hantaran masa aku kawin tu,cuma aku ubah je sikit2....bagi pihak aku temanya warna biru,pihak lelaki lak warna maroon...dah mcm org bertunang,baru merisik,bertunang nanti tak tau la mcmana?lagi grand dari ni....tau tak pe...layan jomm