Thursday, November 13, 2008

bahagia punca gemuk

hee hee heee fakta ke auta ni...baca la kawan2..

Bahagia Punca Gemuk
Satu kajian terbaru menyatakan kesukaran wanita terutama golongan isteri mengawal berat badan dan mengelak gemuk bukan disebabkan amalan pemakanan atau kurang senaman, sebaliknya berpunca daripada rasa bahagia dan selesa disamping pasangan.

Pakar pemakanan dan saintis berkata, hasil kajian mendapati turun naik berat badan seseorang wanita bergantung kepada sejauh mana kegembiraan dan kebahagiaan yang dinikmatinya.

'Pada peringkat awal hubungan, wanita biasanya melakukan amalan pemakanan ketat demi menjaga penampilan dan ketika ini berat badan turun secara purata 2.2 kilogram sebulan.'"

"Bagaimanapun, keadaan berubah apabila wanita mula berasa selesa dengan pasangannya. Rancangan perkahwinan yang menjadikan wanita gembira akan menyebabkan berat badan bertambah, sebelum berkurangan semula selepas bayi dilahirkan," kata seorang daripada penyelidik.

Sebuah firma pengurusan berat badan yang turut membuat kajian ke atas 3,000 wanita berkata 'kaum hawa' menghadapi lima tahap turun naik berat badan dalam hidup mereka dan ia berbeza antara satu sama lain.

"Emosi wanita mempunyai kesan yang amat besar terhadap kesihatan dan berat badan," kata Jane McCadden dari firma berkenaan yang dipetik sebuah akhbar tempatan.

Beliau berkata, tempoh hayat seseorang wanita menyaksikan berat badan mereka turun naik mengikut fasa baru dalam kehidupan, percintaan dan status keluarga.

"Kajian kami juga berjaya menjelaskan betapa sukarnya untuk wanita mengekalkan berat badan sepanjang hayat mereka. Walaupun ada masanya mereka berjaya mengurangkannya, tabiat pemakanan yang buruk akan berulang dan mereka kembali berdepan masalah itu," katanya.

Beliau berkata, kajian menunjukkan bahawa separuh daripada responden bersetuju bahawa berat badan mereka bergantung kepada sejauh mana kegembiraan yang dialami.

No comments:

Post a Comment