Friday, November 7, 2008

ntah la......

Get Well Myspace Comments
MyNiceSpace.com
CUEPACS SAMBUT BAIK JAMINAN NAJIB KAKITANGAN KONTRAK TAK DIBERHENTIKAN
KOTA BAHARU, 6 Nov (Bernama) -- Cuepacs menyambut baik jaminan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa lepas bahawa kakitangan kontrak di semua jabatan kerajaan tidak akan diberhentikan.Presidennya Omar Osman berkata langkah itu boleh menjamin masa depan kakitangan terbabit yang sebahagian besar telah lama berkhidmat dengan kerajaan."Kalau mereka dipecat, macam mana dengan anak-anak dan persekolahan anak-anak, ini juga perlu diberi perhatian oleh kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Juruteknologi Makmal anjuran Universiti Sains Malaysia dan Kementerian Kesihatan di sini hari ini.Omar bagaimanapun melahirkan rasa dukacita dengan tindakan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan yang telah memberhentikan perkhidmatan 130 kakitangan seumpama itu tanpa memberi alasan."Kita harap mereka ini diambil balik berkhidmat sebagaimana sebelum ini," katanya.-- BERNAMA

macamana...? setakat ni tak de apa2 pun...senyap je

No comments:

Post a Comment