Friday, December 19, 2008

incoming birthday( 21 dis 2008 ) ~ yang ke 31

istimewa untuk yang tersayang.....SHAHRULNIZA
More BIRTHDAY graphics
semoga bahagia untuk selama2nye
Dapatkan Testi I-Love-You Di Sini
Dapatkan Testi I-Love-You Di Sini
6ixth Sense - Tanpa

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Chorus :

* Tanpa..
Cintamu aku resah
Tanpa..
Kasihmu aku hampa
Tanpa..
Dirimu aku mati
hohoo…

(ulang chorus x2)

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Ku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
hohoo…

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Thursday, December 18, 2008

ye ke....?

Keserasian Anda Dan Pasangan berdasarkan kedudukan dalam keluarga
Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga. Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:

* Sulung dengan sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

* Sulung - Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan. Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

* Sulung - Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

* Tengah - Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi. Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

* Tengah - Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

* Bongsu - Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

**aku baru je baca artikel ni dalam salah satu blog dalam blog aku,aku termasuk dalam kategori yang pertama tu....sulung - sulung,bila aku fikir2 balik yang terkenanye adalah aku sbb aku mmg suka bertegang urat tapi untuk suami aku rasanya tak,selama aku berkahwin dgn dia kalau aku gaduh dia banyak sangat mengalah,tak suka gaduh lama2,aku pulak kalau gaduh tak suka nak bertekak sangat cukup muncungkan mulut sepanjang yang boleh dan masam kan muka je,bila dah boring baru mintak maaf atau selagi suami aku tak pujuk aku akan teruskan perang dingin ni.....hehehehe selalunye cepat je dia pujuk,mungkin pada aku kajian ni tak boleh digunakan bagi kehidupan aku,bagi orang lain ntahlaaa...tepuk dada tanya selera

Wednesday, December 17, 2008

hati runsing

dalam 2 3 hari ni hati aku runsing bila aku fikir pasal anak aku,thn depan aku nak masukkan dia sekolah tapi sampai sekarang aku tak cari lagi sekolah mana yang aku nak hantar,aku dah bagitau mak aku nak hantar dia sekolah kat pahang,mak aku tak de masalah,yang menjadi masalah sekarang macamana aku nak mulakan cakap benda2 ni dgn mak mentua aku,rasa macam tak keluar bila berdepan dgn orang tua tu,maklum la dari hari pertama syafiq dilahirkan sampai la umur dia yang dah nak masuk 5 tahun ni,mak mentua aku yang jaga dia............ntah la,rasa macam tak boleh nak fikir dah,aku mintak suami aku tolong cakap dgn mak dia pasal benda ni semua,syafiq pun satu hal,dia tak nak pulak duduk dgn mak aku kat pahang tu,tapi kalau mak mentua aku setuju syafiq sekolah kat pahang aku dan suami aku dah rancang mcmana aku nak tinggalkan dia,nak tak nak aku terpaksa jugak korbankan perasaan aku,banyak benda yang aku terpaksa fikirkan,mak mentua and ayah mentua aku bukannye sihat sangat sekarang ni,selalu keluar masuk hospital,berbanding dgn mak and ayah aku yang kat pahang diaorg ni still kuat maklum la diaorg ni kan selalu buat keje2 berat masa muda2 dulu.....susah betul hati ni skrg

Friday, December 12, 2008

selamat pengantin baru

untuk NORAZRINA BT M.SHARIFF......semoga berkekalan ke akhir hayat

Wedding MySpace Comments and Graphics
Wedding MySpace Layouts Photobucket Login - Upload Pics and Videos
Free Comments and Graphics

balik pahang....

pagi2 lagi aku dh up date blog sbb hari ni aku halfday,nak balik kampung kat pahang...tak sabar rasanye,kalau semua berjalan lancar insya'allah pukul 3.00pm aku akn bertolak,selalunye aku balik lepas subuh ambik masa dalam 4 jam lebih,tp hr ni aku balik petang tak tau lagi pukul berapa aku sampai,maklum la dah ptg kan,syafiq pulak dah tak bagi aku pegi keje,sbb dia terlalu excited nak jumpa nenek dia,aku tau dalam kepala otak dia tu dah banyak sangat perancangan,salah satunye nak ajak nenek dia pegi borong satu kedai,mak aku pulak kalau boleh mmg dia nak borong satu kedai untuk cucu dia,tu la cucu kesayangan dia.....aku yang banyak kena sabar ni

Wednesday, December 10, 2008

jam baru

dah lama rasanye tk beli jam mahal,selalu nye beli jam rm10 je,rosak buang...pas tu beli baru....hehehehehe,bila tgk jam ni berkenan pulak,tp tk de la mahal smpi beribu harganye....cuma rm2++ je...ok la tu



salam aidiladha


Dapatkan Komen Hari Raya Aidiladha di Myfwenster

Watch Funny Videos Clips

cinta dalam hati

mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa dicintai
tak mengapa bagiku
asal kaupun bahagia dalam hidupmu
dalam hidupmu...

telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku
mencintaimu pun adalah bahagia untukku
bahagia untukku...

kuingin kau tahu diriku disini menanti dirimu
meski kutunggu hingga hujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya

dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

kuingin kau tahu diriku disini menanti dirimu
meski kutunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya

dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

Friday, December 5, 2008

ulangtahun yang ke - 5

More ANNIVERSARY graphics
sedar tak sedar dah 5 tahun aku kawin rupanye,bukan hari ni tapi hari esok.....mcm tak percaye je,selamat ulangtahun untuk aku sendiri dan suami aku....semoga kebahagian akan sentiasa bersama aku sehingga ke akhirat....aminnnn

Wednesday, December 3, 2008

tak de perasaan...............

tak tau nape hr ni,tiba2 je perasaan ni tak de rasa apa2......boring jeeeee,nak layn meebo pn malas,ramai yg masuk pun cakap yang bukan2,ada yang ok bz pulak tu....huhuhuhuh,tk de sape nak layan chat,bosan la......

Tanda-tanda Lelaki Merajuk? .....tapi.......

tapi kalau aku merajuk benda2 ni semua la yang aku selalu buat kat laki aku,maknanye bukan tanda-tanda lelaki merajuk je,pompuan pun same,aku saje je nk tunjuk perasaan sakit hati kat laki aku........hehehehe,kalau korang semua nak ikut boleh tapi pastu jangan lupa mintak maaf balik erkk....macam aku aaaaaa nanti tak masuk syurga beb...

a) Diam Seribu Bahasa
* Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan / dia anggukkan kepalanya je. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ni. Jika benda ni berlaku sah lah tu dia merajuk dengan kita.


b) Buat Tak Tahu
* Dia akan buat tak tau denagn kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je.Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab ia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

c) Menolak Untuk Makan Bersama
* Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu,saya kenyang lagi la..lagipun,saya dah makan denagn kawan saya tadi"

d) Masam Muka
* Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je!

e) Baca Surat Khabar
* Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

f) Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
* Dia akan tengok tv tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di tv tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

g) Keluar Rumah Tanpa Beritahu
* Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnye. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana conferm dia akan buat dek je!

h) Matikan Telefon Bimbit
* Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita menggangu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa,bila dah rindu call jugak last-lastnya

Tuesday, December 2, 2008

selamat hari lahir yang ke - 28

untuk adik aku yang bernama MOHD SUFFIAN BIN BAHARI
selamat hari ulangtahun yang ke-28,semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki,
More BIRTHDAY graphics

Monday, December 1, 2008

bunga orkid

ni pulak antara koleksi bunga orkid yang ada kat sana,sempat juga la aku beli 3 pokok bunga orkid,saje beli untuk mak mentua aku

syafiq dan belon doraemon

ni pulak gelagat syafiq kat agrofest tu,melayang duit aku rm5 sbb dia nk belon doraemon,sampai kat rumah belon tu terbang dan meletup sbb kena kipas....

agrofest 2008 (sungai siput)

punya la ramai orang kat agrofest08 sungai siput,sampai parking pun tak de,terpaksa la aku parking jauh,dan tak tau berapa kilometer aku kena berjalan.....penat sangat,pastu terpaksa dukung syafiq sbb dia dah tak larat,bergilir2 la aku dgn suami dukung dia,nak patah pinggang rasanye........