Monday, September 28, 2009

birthday muhammad syafiq haykal yang ke - 5

hari ini tepat pukul 12.15pm tahun 2004,telah lahir seorang baby lelaki seberat 3.05kg di hospital batu gajah yang diberi nama Muhammad Syafiq Haykal,setelah 4 kali menyambut hari ulangtahun dalam bulan ramadhan,buat pertama kalinya untuk tahun yang ke lima ni syafiq sambut dalam bulan syawal tapi telah diraikan sehari sebelumnya,maklum la kalau nak buat malam ni dah tak de orang,nak buat minggu depan lambat pulak rasanya,semalam aku dgn suami pegi TF beli barang2 dan kek untuk intan payung yang kat rumah tu....alhamdulilah walaupun sambutan secara kecil2an,sekurang2nya syafiq happy sangat2,untuk kawan2 syafiq aku dah bungkuskan makanan2 ringan dan pagi tadi suami aku dah bagi kat sekolah termasuk la kek yang tak habis malam tadi








raya....raya....raya

lepas raya semua org akan bercerita pasal raya,termasuk la tuanpunya yang bercakap ni,tahun ni aku balik pahang.....jumaat 18 sept 2009 pukul 11.45pm aku satu family bertolak balik pahang,suami aku kata kalau balik siang penat,nak tak nak aku ikut je la,start masuk tol gopeng tepat pukul 12.10am,masa tu jalan menuju ke KL mmg lengang sgt2,tapi jalan nak balik utara....uiiiii sayup mata memandang,terlalu banyak kereta sampai tak berjalan langsung,kitaorg rehat sekejap kat R&R hulu bernam timur dalam stgh jam,adik aku dah inform aku awal2 kat highway karak mmg jem teruk,takut jugak aku sampai lepas sahur......,turun je dari genting sempah,suami aku dah mengeluh sbb masa tu jalan mmg gila2 jem,nak tk nak terpaksa la kitaorg tempuh jugak,selalu dari genting sempah nak sampai rumah aku akan makan masa dalam 1 jam je tapi pagi tu dekat2 2 jam lebih,nasib baik sampai area bentong je kereta dah kurang sbb ramai yang nak balik kelantan ikut raub....sampai kat rumah tepat pukul 4.30am,lepas sahur terus tido sampai tk ingat dunia,bangun pukul 10.00am,tolong mak buat keje sikit,ingatkan nak balik kampung nenek aku tapi ayah aku kata balik lepas smbhyg raya esok.......lepas sembahyang raya,kemas2 barang terus balik kampung,singgah rumah2 sedara,jadual raya pertama hingga raya keempat mmg padat,nasib baik hari khamis tu tak jadi pergi melaka sbb aku rasa dah tak larat sgt dah,lagipun jumaat aku dah nak balik ipoh balik....kena berehat sikit,itupun sampai hari ni badan aku masih sakit2 lagi.....ni je la gambar yang sempat aku snap masa raya tu,keadaan rumah yang kat belakang tu abaikan je sbb rumah dalam proses nak renovate,insya'allah raya tahun depan dah siap kut




<


Monday, September 14, 2009

the making of kuih rayaaaaaaa

aku pun tak tau ntah nape tiba2 je aku rajin nak buat kuih raya,balik keje hari jumaat terus aku pegi TF cari bahan2......resepi aku copy paste dari internet,aku cari resepi yang paling simple.....iaitu biskut gajus dan biskut mazola,pagi2 sabtu dah lepas kemas rumah dalam pukul 9.00am aku start buat,aku buat 2 bancuhan dapat la dekat2 3 balang......yang dalam gambar tu cuma ada 2 balang je,itupun aku cakap kat syafiq 1 balang utk nenek,satu balang utk opah sbbnya start kuih tu masak dia dah belasah dkt stgh balang.......dah la sibuk2 nak tolong aku buat kuih......biskut mazola aku tak sempat nak snap sbb aku buat dah malam......badan pun penat sgt,sampai kaki pun dah sembab.......pukul 11.00pm lebih baru siap,dapat la 2 jenis kuih,ingatkan nak buat kuih makmur tapi aku dah tak larat dah.............yang lain2 tu aku beli,balik pahang baru aku buat kek coklat pulak






Thursday, September 10, 2009

bubur lambuk PTG



mai rasa bubur lambuk PTG,fresh lagi ni..........,salah satu menu untuk berbuka pose ptg ni dah ada pun,alhamdulilah.....................jimat sikit

Wednesday, September 9, 2009

semalam punye cite

memandangkan suami aku mc semalam maka dapat la aku balik keje pukul 4.30pm,kalau tak tak usah harap la,kena tunggu dia ambik pukul 5.30pm baru blh balik,dah alang2 balik awal aku ajak dia singgah bazar ramadhan kat batu gajah tapi dia tak nak sbb nanti jumpa dgn kawan2 dia balik keje pukul 5.00pm,dia ajak aku pegi bazar ramadhan desa aman,aku pun beli la kuih2 kat desa aman,best jugak bazar ramdahn kat situ,kuih2nya pun sedap,nak dijadikan cite masa balik dari bazar ramadhan tu kitaorg ikut la jalan kawasan perindustrian yang kat taman juta ria tu,masa kat tgh2 jalan tu tiba2 ada moto sebijik ni dok menonong je melintas,sepatutnya dia kena berhenti,ni tak..........apa lagi berlanggar la,tapi nasib baik masa tu suami aku drive perlahan je,klu tak mamat moto tu mmg melambung la........lepas tu dia cakap apa kat suami aku"abangkan dah nampak saya tgh laju nape abang tak perlahan kan keta,saya tak kisah sbb saya kena moto je,abang teruk la sbb abang guna keta",ya allah.......dia yang salah blh pulak sound suami aku macam tu,nasib baik angin aku baik masa tu,bulan pose ni malas nak kecoh2,lagipun dah berderet2 keta kat belakang,muka pun mcm gengster,nasib baik keta aku tak kemek,walaupun tak kemek tapi habis bercalar kena moto dia,tapi kalau pecah lampu keta aku smlm mmg aku mntak ganti rugi,dah minggu lepas baru je lepas bergesel dgn pagar rumah,suami aku kata dia nak elakkan kucing,hai nasib badan la,raya ni keta comot sikit,nak touch up dah tak sempat dah,dulu ada jugak tanya kat perodua kalau nak touch up kena dekat2 rm100 lebih padahal yang karat tu bukannya besar sgt,besar duit 5 sen je,kena cari kedai lain gak la nnt,tunggu la klu ada rezeki lebih nnt.

Tuesday, September 8, 2009

kad raya istimewa

diam tak diam,dah 18 hari kita berpose,syafiq hari2 tanya kat aku bila kita nak raya,excited betul,balik keje hari jumaat lepas............ syafiq mintak aku belikan kad raya,katanya untuk cikgu dia sbb kawan2 dia ada dah bagi kat cikgu,semalam....Mak Yang dia belikan 3 keping kad raya untuk syafiq,2 keping tu untuk cikgu dan sekeping lagi untuk atuk and nenek dia kat kampung,sungguh2 dia menulis sampai nak terlelap..........jom kita tengok apa yang syafiq tulis untuk nenek dgn atuk dia,pagi2 tadi aku dah poskan kat kampung,mesti atuk dgn nenek dia suka sangat ,maklum la dapat kad raya dari cucu kesayangan...........


ni pulak kad raya untuk ustaz dan ustazah syafiq,tak sempat aku nak snap gambar depan kad raya tu sbb dah tergam,untuk cikgu pun aku terlupa nak snap tapi ucapan dalam kad sama je macam nak bagi kat ustazah syafiq