Tuesday, October 28, 2008

fuhhh...lega...

Kerajaan tidak tamatkan perkhidmatan kakitangan kontrak
SEGAMAT 25 Okt. - Kerajaan tidak bercadang untuk menamatkan perkhidmatan kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak menjelang akhir tahun ini seperti didakwa oleh Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), kelmarin.

Sehubungan itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam menyifatkan kenyataan Presiden CUEPACS, Omar Osman bahawa 50,000 kakitangan awam kontrak akan ditamatkan perkhidmatan, sebagai tidak tepat.

"Perkara ini telah dibincangkan dalam Kabinet dan kementerian telah menjelaskan bahawa kenyataan itu adalah tidak tepat.

"Kerajaan sebaliknya tidak mempunyai rancangan untuk menamatkan kontrak kakitangan awam yang berkhidmat buat masa sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan pendermaan mesin dan geran hemodialisis yang keseluruhannya bernilai hampir RM500,000 di sebuah hotel di sini, semalam.

Kelmarin, Omar dipetik sebagai berkata, kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak mungkin ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang akhir tahun ini berikutan kekangan kewangan kerajaan.

Menurut Subramaniam, kerajaan pada masa yang sama akan memastikan tiada pemberhentian perkhidmatan di semua agensi kerajaan dan swasta di negara ini.

"Negara kita masih boleh bertahan (menghadapi kekangan kewangan) dan ketika ini masih tiada tanda akan berlaku penamatan kontrak kakitangan awam dan swasta seperti di negara-negara lain.

"Kita akan berbincang dengan mana-mana syarikat yang mempunyai masalah sehingga mungkin menamatkan perkhidmatan antaranya Penerbangan Malaysia (MAS) dan Panasonic supaya tidak berlaku sebarang penamatan kontrak," kata
nya.

ni la berita yang kitaorang nanti2kan,jawapan yang pasti....

Friday, October 24, 2008

gempak...ooooooo

50,000 kakitangan awam kontrak mungkin diberhentikan

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak mungkin ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang akhir tahun ini berikutan kekangan kewangan kerajaan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman.

Mereka adalah kakitangan yang kontrak disambungkan dari setahun ke setahun, yang berkhidmat di semua jabatan dan kementerian di seluruh negara dan tidak menikmati kemudahan seperti yang diterima kakitangan awam tetap, tetapi melakukan tugas yang sama.

Omar memberitahu Bernama, Cuepacs tidak boleh menerima alasan kekangan kewangan, kerana kerajaan masih mampu mengekalkan perkhidmatan golongan ini.

Cuepacs, katanya, telah menghantar rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengekalkan kakitangan ini, yang kebanyakannya telah berkhidmat antara lima hingga 10 tahun malah terdapat yang berkhidmat lebih 20 tahun.

“Cuepacs telah mencadangkan sama ada JPA mengambil semula pekerja ini atau menyerap mereka ke dalam kedudukan tetap,” kata Omar.

Beliau berkata, isu ini akan dibincang pada persidangan perwakilan Cuepacs bulan depan.

– Bernama

giler betul kalau dapat berita mcmna ni,aku pun tak tau nak cakap mcmana,itu perjanjian aku masa aku terima keje ni,mungkin aku salah seorang dari 50,000 yang akan dibuang tu......waaaaaaaaaaaa

Thursday, October 23, 2008

pagi yang gelap dan kelam....

hari ni pagi2 lagi aku dah sampai kat bas stand,mcm hari smlm dan hari yang sebelumnya bas yang nak ke SUK masih tak de,sakit betul hati aku,aku jumpa la akak yang dah lama aku tak jumpa dulu,ingatkan dah tak naik bas.....tanya dia,nape dah lama tak nampak,dia kata akak bawak keta,hari ni keta tak de hantar gi service...oooo patut la,kitaorg pun borak2 la kononnya nak tg bas yang satu lagi nak tanya samada lalu SUK ke tak...bila bas tu sampai kitaorg tanya,jawapannya..."tak la dik bas ni lalu maxwell",emmm...naik teksi la nampaknya ni,melayang RM4.00 lagi,nasib baik kongsi 2 orang kalau tak melayang RM8.00,sampai kat ofis aku terus tepon suami aku...
aku :abang esok hantar org gi kerja?
suami:nape..?
aku :mana ada bas,hari2 kena bayar RM4.00,kalau dah 10 hari RM40.00,baik org isi
minyak keta..
suami:ye la...ye la....esok abang hantar
aku :kalau dari rumah pukul 6.40am sampai sini pukul 7.10am,kira ok la,abang terus je gi kerja,tak payah la balik lagi..
suami:hmmmmm...ok la
apa lagi enjoy la esok....suami hantar

Wednesday, October 22, 2008

gaya hampeh....!!!!!!!!!

nak marah betui kat bas general ni,aku ingatkan diaorg cuti raya untuk deepavali ni,rupa2nya permit bas dari ipoh ke kuala kangsar di tarik balik,aku dengar citer ni pun baru je pagi tadi,patut la masa aku gi keje hari isnin tu berderet je bas kat parking bas general...problemnya skrg itu la satu2nya syarikat bas yang mana bas2nya lalu kat depan ofis aku,hampeh betui....hari isnin tu terpaksa aku naik teksi bersama rakan2 yang senasib dgn aku,satu teksi diaorg kira rm8,bayangkan la dan bandingkan la dgn tambang bas yang hanya rm0.80,melampaukan....hari selasa lak aku tumpang mbr aku sbb aku tak de geng,hari ni lagi skali aku terpaksa naik teksi berkongsi dgn mila,kenalan yang dah lama kenal(satu geng naik bas) tapi tak tau nama,baru hari ni tau namanye,disebabkan ada geng tadi kitaorg dgn ringan mulut bertnya dgn suma2 bas samaada deme2 ni lalu kompleks islam ke tak? jawapan yang mengecewakan....oooo tidak,esok aku dah janji dgn mila,kalau tak de bas kitaorg nak jalan kaki sama2..tgk la mcmna,terfikir jugak aku untuk hari yang seterusnya...mcmne erkk,aku ingat nak mintak tlg laki aku hantar pergi keje je,balik aku tak kisah sgt,kadang2 aku tumpang mmbr aku,jarang2 aku naik bas...bas perak roadway tu kalau balik mmg lalu kompleks islam...so balik tak de masalah.
hari ni kat ofis aku ada jamuan makn,ada laksa,lemang,nasi impit dan mcm2 lagi la,kenyanggggggg hari ni,jamuan ni untuk mereka yang bertukar,dapat kerja lain,berhenti dan bersara,untuk ruba......happy deepavali,semoga bahagia di tempat kerja baru,Dato'kamarulzaman @ Dato'K selamat bersara untuk kali yang ke 2,Dato' ni big bos aku @ pendaftar hakmilik bagi pasukan petugas khas @ task force @ flying skuad @ yang paling tak berapa sedap telinga dengar staff kontrak..uhuk..uhuk..uhuk

ni la kawan aku yang dapat kerja baru tu,Ruba namanye....

Tuesday, October 21, 2008

syafiq demam



semalam syafiq demam,dalam hati aku dah malas nak pegi kerja,tapi mengenangkan cuti aku dah tak berapa nak ada,jadi aku terpaksa korbankan perasaan kesian aku tu,kesian syafiq....risau hati aku,pukul 10.00am aku call mak mentua aku tanya syafiq dah ok ke blm? mak mentua aku kata badan dia panas lagi,balik dari kerja semalam sunyi je rumah,biasanya bila aku balik keje perkara yang wajib syafiq buat mesti peluk aku dulu,mak mentua aku kata satu hari dia tak nak makan,baring je....bila aku balik,dia nangis,aku terus peluk dia,dia cakap nape tak beli air soya utk dia,selalu dia pesan tapi smlm dia tak pesan,jadi aku tak beli la,cepat2 aku suruh laki aku g beli kat kedai,kotak besar...pas tu baru la dia nak makan nasi,habis sepinggan,biskut 4 keping,dan roti sebuku...baru la ada tenaga nak cakap balik...malam tu nampak mcm dah sihat,lega hati aku...aku pulak yang tak berapa sihat...batuk,tapi hari ni makan tghari aku order McD,belasah je la....malam nanti aku tak dapat nak fikir mcmana keadaan aku,mesti tak boleh tido...nasib la sape suruh minum ais.....

Monday, October 20, 2008

layan gambar

ni pulak sebelum open house kat rumah aku....selepas open house dah tak larat nak ambik gambar...





tau tak..? kitaorang masa ni tgh lapar,tgh tg MB perak...lambat sangat,cuba tgk betul2 muka2 diaorang tu...




open house kat PTG





anakku yang tak de gigi...handsome?

Thursday, October 16, 2008

lepas raya

open house....open house....open house,biasa la lepas raya,apa lagi nak buat,sama la mcm PTG,10.10.2008 open house untuk warga PTG,dirasmikan oleh MB Perak,kalau nak citer pasal menu mmg byk antaranye nyum..nyum sate,lemang,nasi impit,rendang,mee jawa,laksa,kuih2,buah2an,ABC dan apa lagi erkkk...ooo itu je,buntat jadinye...best betul dapat makan free,hari sabtu lak,aku pagi2 lagi dah buat rombongan cik kiah ke tesco coz aku sendiri pun nak buat open house,saja nak bagi kawan2 aku makan free,tapi bukan aku sorang je antara pemegang share yang terbesar dalam rancangan ni ialah tak lain dan tak bukan suami aku sendiri,mr.shahrul,yang kedua aku,yang ketiga adik ipar aku yang dua orang tu,nak tau apa sebabnya...suami aku jemput kawan2 dia habis satu company,ada la dekat2 50 orang,termasuk la kwan2 india dan cina,aku pegi pagi2 ke tesco sbb aku nak cari daging kerbau,maklum la,ada setengah tu tak boleh makn daging lembu,nasib baik ada,sbnrnya masa aku smpi kat tesco tu pintu tesco tak bukak lagi,punya la semangat kitaorg nak buat open house,habis la dalam rm200,tak sampai pun dekat2 la,smpi kat rumah terus buat kerja,takut tak sempat,tghari mak mentua aku ajak gi kenduri kat Titi Gantung,ptg ada open house kat tronoh rumah kawan suami aku,rumah kawan ayh mentua aku tak larat nak pegi dah,barang2 nak masak byk tak siap lagi,malam tu aku ingat tak pegi mana2 dah,jiran aku pulak ajak mkn kat rumah dia,pukul 10.00pm baru aku gi,makn sate,mee sup,mee rebus dan mcm2 lagi,malm tu aku tido dekat2 pukul 2.00am,esoknya pukul 6.30am dah bangun...masak...oppps bukan aku la,adik ipar aku,aku cuma tlg2 mana2 yang patut je,start pukul 3.00pm dah ramai yang dtg rumah,antara menu yang disediakan bihun singapore,laksa,rojak buah,ketupat,pulut,rendang,dadih n beberapa jenis kek,penat sgt,tapi kitaorg rasa happy sgt coz seronok tgk menu yang disediakan hampir2 habis,esoknya aku tak datang keje,cuti kecemasan,sakit kaki...malang pulak tak berbau aku terpijak paku karat,nasib aku hari tu...bengkak sikit,semua orng suruh aku pegi hospital untuk cucuk,bahaya,bagi aku kalau bab cucuk mencucuk ni mmg la takut sikit...he..he..hee,jadi aku bertahan je la,degilkan,nak buat mcmana....bisa betul,hari ni dah elok sikit la,cuma ada2 masa terasa jugak nyilunya..harap2 tak melarat la ye..penat la nak menaip,masa buat kerja pulak,ok layan gambar jommm...ala sistem ada masalah sikit la,tak boleh nak upload gambar....blah je la.................
p/s..untuk Ms.Chua(big bos suami aku) thanks sbb sudi bawak hamper yang besar,lain tahun bawak lagi ye dan yang mana2 ikhlas menghulurkan ang pow untuk muhammad syafiq haykal thank you byk2

Thursday, October 9, 2008

cerita2 pasal raya

raya pertama.....
tahun ni giliran aku beraya kat rumah mak mentua aku,kesian mak aku kat pahang,semua adik2 aku tak balik raya,adik aku yang kedua beraya kat rumah mak mentuanya kat kuala penyu,sabah...adik aku yang bongsu pulak kena kerja,maklum la kerja kat hotel,nak tak nak kena kerja,aku pun suruh mak n abah aku balik rumah wan aku kat sg.kemahal,tak de la diaorg sunyi sgt,malam raya tu aku dah standby awal2 untuk pagi esok,niat aku nak g sembahyang raya tapi syafiq pulak nak ikut,suruh dia tinggal dgn mak mah dia,dia tak nak,sabar je la,nak buat mcmna...lps smbhyg kitaorg adakan sessi fotografi,dekat satu jam jugak la,pastu baru la kitaorg salam bersalamn,dah habis aktiviti kat rumah,kitaorg raya kat rumah jiran2 aku,lepas zohor aku n family g raya kat ipoh-taman maju rapat rumah mak sedara suami aku,malam baru balik....
raya kedua.....
pagi2 lagi aku bangun buat sarapan pagi,aku buat cekodok cicah dgn sambal sardin,best giler,dalam pukul 9.00am kitaorg siap2 nak beraya kat Parit rumah sedara belah mak mentua aku,tghari baru balik sbb ptgnya ramai sepupu suami aku nak datang sampai la tghmalam baru pintu pagar rumah aku boleh tutup,aku pulak bz packing barang2 aku sbb esoknya aku nak balik pahang...
raya ketiga....
untuk sarapan pagi aku goreng bihun,dalam pukul 10.00am aku bertolak balik pahang,singgah rumah leha kat tanjung malim,relaks2 jap...pastu aku singgah kat batangkali untuk makan tghari,sampai kat pahang aku terus ke rumah mak ani aku,lepak smpai pukul 6.30pm,lagipun mak aku bukannya ada kat rumah,aku cuma nak tido je kat rumah sblm aku berangkat ke rumah wan aku kat sg kemahal...
raya keempat....
pukul 9.00am aku begerak menuju ke rumah mak sedara aku kat felda lakum,dia suruh aku makan tghari kat rumah dia,tapi aku tak boleh tg lama2 sgt sbb byk lagi rmah aku nak singgah sepanjang hari ni,lepas di jamu laksa,dalam pukul 11.00am aku menuju ke destinasi seterusnya di Bera-felda rentam,rumah mak ndak aku....lepas makan tghari aku menuju ke destinasi seterusnya ke rumah kawan aku yang dah lama aku tak jumpa,ada la dalam 10 tahun kut...sampai kat depan rumah dia,aku tgk pintu terbukak sikit,aku cuba nak call,blm sempat nak call,ayah dia dah bg salam dulu kat suami aku,dia bgtau yang kwn aku ni dah pegi piknik dgn suma2 family kat ulu bendul,pas ni tak tau la bila lagi aku nak jumpa dgn ko rahezan ank pak cik jamal ni,alang2 dah sampai kawasan gugusan mendi ni aku pun ajak suami aku tgk sekolah masa aku form 4 & 5-Sek.Men.Keb.Bukit Mendi,dari jauh,aku nampak kelas aku masa aku form 5-Kelas 5 Sains...rindu giler masa zaman sekolah dulu..dalam pukul 6.30pm baru aku sampai rumah wan aku.
esoknya aku balik semula kerumah aku kat Felda Bukit Damar...6hb okt baru balik ipoh,penatnya...8hb okt aku dah start keje,malas betul...10hb okt ada rumah terbuka untuk warga PTG,hari sabtu rumah terbuka kawan suami aku,hari ahad aku pulak yang buat rumah terbuka,sape2 yang baca blog ni jemput la datang ke rumah aku kat RPT jalan bemban batu gajah dari pukul 3.00pm hingga pukul 7.00pm...jemput datang ye