Tuesday, February 10, 2009

apa cite

pagi ni aku tiba lewat sikit kat ofis,ingatkan nak berebut dgn MB Zambry dan MB Nizar sape yang sampai ofis dulu,tapi aku pulak yang terlambat,sape la yang menang agaknya....kita tengok je la,lepas cuti 3 hari ni rasa malas pulak nak mulakan keje,badan pun tak berapa sihat hari ni,ingatkan nak mc tapi malas nak gi ambik,nak cuti sayang pulak rasanya....
pagi2 sabtu aku pegi bank,keluarkan duit sikit,sebenarnya aku teringin nak makan bihun sup kat parit,mmg best la....ingatkan balik dari parit nak terus pegi tesco,syafiq pulak buat hal nak buang air besar terus tak jadi pegi,tengahari tu aku tk makan nasi pun,lepas sembahyang zohor suami aku ajak gi keluar makan,nak tak nak aku ikut je la,alang2 nk keluar aku pun terus la ajak pegi ipoh,lalu kat ipoh raya,masa tu jem giler,maklum la kaum2 yang nak sambut thaipusam sibuk nak sembahyang,dalam 20 minit jugak aku tersangkut kat situ.....sampai kat GM aku ajak suami aku cari tudung untuk aku dulu,kat kedai belakang GM,lepas tu baru la kita orang jalan2,hari ahad aku pegi pasar ahad sekejap je,sebabnya tghari tu,suami aku ajak pegi kenduri rumah kawan dia kat tronoh....hari isnin rasanya malas nak gi mana2,ajak suami pegi pasar isnin dia kata malas la sbb hari cuti ni selalunya tak de parking,dalam pukul 10.00am tiba2 pulak dia ajak aku pegi....sabo je la,ptg aku tak gi mana2,kemas rumah dan gosok baju aku n baju syafiq,tiba2 dalam pukul 9.30pm suami aku pulak ajak aku makan roti canai kat saleem,ikut je la,tapi aku tak makan pun......cukup minum teh'o suam je.....

No comments:

Post a Comment